Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, August 9, 2014

Lontong

Assalamualaikum w.b.t...juadah pgi raya hritu...kat sni ada jual tempe dan tauhu kat asian store yg dekat dgn rumah ni...memang xde masalah org kata klu teringin nk mkan tu...cuma ketupat palas nga lemang buluh je xleh nk buat...xde kat sni...siap bertambah2 anak-anak mkn lontong ni...klu raya kat belah suami pun memang xmiss pagi raya tu opahnya buat lontong ni...mkn dgn kuah kacang...utk raya ke 2 tu maz buat sate kamben sikit sbb ada lebih nasi impit lontong...aiman dan adik afiq tak mkn sate...ok, Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf andai ada terkurang dimana2...

Lontong by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 cawan santan
  • 15 ekor udang - buang kelapa dan urat belakang
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 cubit biji jintan manis/fennel seed
  • sedikit serbuk kunyit
  • sayur secukupnya - kubis, kacang panjang, lobak merah, tauhu, tempe, cili merah
  • garam gula secukup rasa
  • nasi impit secukupnya dan sambal cili kering
Cara

1. Tumbuk lumat bawang merah dan biji jintan manis.
2. Panaskkan sedikit minyak (sikit je buat syarat) dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan santan, serbuk kunyit, lobak merah dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu. Kemudian masukkan semua bahan dan perasa secukup rasa.
4. Masak biar sayur lembut sikit. Padamkan api dan boleh la dihidang dengan nasi impit dan sambal (maz buat sikit sambal, tapi lupa nak snap sekali dengan sambal).

ilang windu kat kampong halaman tgh lontong atas meja...tapi hati kecil ni tetap terasa hiba dan sayu teringat wajah bonda dan saudara mara...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...