Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, August 4, 2014

Kuih Bijan@Bom

Assalamualaikum w.b.t...try utk update 2x sehari dlm misi nak habiskan gambar2 lama...kuih bijan atau nama gerunnya kuih bom...masa nk goreng ni pun pakai perisai jgk tkut meletup...tapi Alhamdulillah yg buat ni smua selama...xmeletup...maz memang suka kuih ni...tpi nk yg inti kacang hijau...klu inti kelapa xmintat la plak...ni pun buat msa mood tengah rajin menerai kuih2 tradisional sekali dgn kuih seri muka, lopat tikam, lopis tu dlu...boleh terbuat kuih ni tu sbb rebus kacang nk buat bubur...pastu npak bnyk plak kacang msa tengah rebus tu...jdi senduk la kluarkan skit...tu yg dibuat inti ni...akhir kata semoga jumpa lgi...Insyaa Allah dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana2...

Kuih Bijan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 sudu besar all purpose flour
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • bijan secukupnya
  • inti secukupnya
Cara

1. Satukan 3 bahan pertama, kemudian masukkan air sikit-sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.
 
2. Amik doh dan leperkan atas telapak tangan, masukkan inti secukupnya dan tutup kemas. Golekkan dalam bijan.
 
3. Panaskan minyak dengan api sederhana kecil secukupnya (tenggelam separuh dari kuih), bila minyak dah suam sikit, masukkan kuih tadi dan biarkan sekejap dalam 5-7 saat. Kemudian kena selalu balik/pusingkan kuih tu sehingga masak. (maksudnya masa tengah goreng tu memang kena duk depan kuali, setiap 2-3 saat kena balikkan/pusing kuih tu sehingga masak. Ni cara maz goreng kuih ni dan Alhamdulillah tidak meletup, maknanya kuih tu masak sekali dan sekala).

Inti Kacang Hijau
  • 1/2 cawan kacang hijau
  • 1 helai daun pandan
  • gula secukupnya
  • 1-2 cubir garam
Cara

1. Rebus kacang hijau hingga hampir lembut (air ni letak sikit dulu, kalau nampak kacang masih belum lembut boleh tambah air sikit-sikit.

2. Bila kacang dah hampir lembut/pecah masukkan gula secukupnya dan garam. Kacau sebati dan masak hingga air kering sambil dikacau sekali sekala. Sejukkan sepenuhnya dulu.

ni bkn la pastime buat kuih bijan ni...dedulu msa dapur ni tengah pencen ada buat skli...Alhamdulillah xmeletup jgk...mgkin cara goreng tu kut...tgk kuih ni terasa nk mkn la plak...kena rebus kacang la npaknya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...