Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 3, 2016

Banana Cupcakes Lagi

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga sentiasa dlm lindunganNya.
bertemu skli lagi, klu buat kek pisang ni selalunya versi cupcakes gini la..senang nk mkn xpyah potong dh, kerap sangat duk ulang buat kek pisang yg ni sbb semua suka..yg buat dedulu ada kat sini, lepas buat yg ni pun dh 3x duk buat plak, buat utk suami bawa pergi ofis, bagi kat Sheikh yg dtg mengajar tawjid skit..semua ckp sedap! keknya jenis gebus gitu..resipi sama je mcm kek pisang yg duk buat sblum ni, cuma kli ni out of stock self raising flour..jdi maz guna tepung biasa dan masuk baking powder, hasilnya tetap sedap..kat sini pun ada, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dam maaf atas segala khilaf..

wangi satu rumah dgn baunya, kek yg xmuak..bleh hbis 3-4 bjik skli mkn! sedap plak bila dimkn bersama kepingan badam rangup..klu ada pisang yg terlajak masak sikit, duk buat kek ni la..Inysaa Allah esk pun nk buat plak...

BANANA CUPCAKES LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com 
Bahan-bahan
  • 2 biji pisang saiz besar @ 150-160g, timbang yg tanpa kulit
  • 160g gula halus
  • 170g allpurpose flour
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur 
  • 110ml minyak masak sayur
  • 1 sudu kecil ovallate
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • hirisan badam secukupnya 
  • cawan kertas secukupnya
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.

2. Satukan tepung, baking powder dan garam.

3. Dalam mangkuk, satukan pisang dan gula,lecek pisang guna garfu.

4. Masukkan telur, vanilla, minyak masak, ovallete dan tepung.

5. Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 2-3 minit.

6. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas (jangan penuh, dalam 3/4 saja), taburkan sedikit badam.

7. Bakar dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga perang (bergantung pada oven masing-masing).



kat rmah ni klu kek pisang yg jenis padat tu semua xgemar..sama la mcm kek butter, tu yg jarang buat kek gitu..kudapan yg mudah dan sedap utk alas perut kala petang atau utk sarapan..

2 comments:

  1. kek pisang yg dpt sambutan kat rmah kmaz ni, memang sedapp bgi kami..keknya gebu gitu, bkn yg jenis padat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...