Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, November 7, 2014

Banana Cupcakes

Assalamualaikum w.b.t...'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...sementara ada masa ni updated je la deh...lama bnar dh xbuat kek pisang...klu msa kat msia dlu baking2 ni time ada jamuan atau nk bawa sbagai buah tangan...dah kerap jgk la dulu duk buat kek ni utk bawa ke majlis jamuan rumah kawan...kli ni buat sebab afiq yg mintak...rupanya dia masih ingat lagi kek pisang yg dia mkn msa kat msia dulu...msa buat dulu memang maz letak coklat rice atasnya...tu yg dia ckp nk kek yg sedapp tuu...jdi tu la boleh terbuatnya kek pisang kli ni...sblum ni dh pernah updated rspinya...ada kat sini...dpur ni gini la...duk pusing rspi sama je...selamat berhujung minggu...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Banana Cake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji pisang ranum saiz besar - maz guna pisang montel - dilecek
  • 160g gula halus
  • 170g tepung naik sendiri
  • 2 biji telur 
  • 110ml minyak masak sayur
  • 1 sudu kecil ovallate
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • hirisan badam secukupnya @ coklat rice dan sebagainya
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.
2. Satukan tepung bersama garam.
3. Dalam bekas, satukan pisang dan gula, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan telur, vanilla, minyak masak, ovallete dan tepung.
5. Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 2-3 minit.
6. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas (jangan penuh, dalam 3/4 saja) kemudian taburkan sedikit hirisan badam/coklat rice.
7.bakar dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga perang (bergantung pada oven masing-masing).

memang mosit dan sedapp ditekakk ni...teksture keknya ringan..xpadat...saja buat dalam saiz kecik gini senang xpayah nk potong...pastu afiq bawa bekal skolah skit...nk buat pun mudah sangat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...