Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 30, 2016

Ayam Kung Pao

Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
agak sibuk skit minggu ni, xsempat sangat nk update blog..ni pun kepala mcm berat je, tpi gagahkan jgk semangat utk update sbb banyaknyaaa gambar dlm folder tu! bgi laluan pda ayam kung pao ni la dlu, kejadian awal bln hritu..ayam kung pao ni kira salah satu masakan chinese yg agak pemes..org lain dh berzaman buat lauk ni, dpur ni je bru nk muncul..pernah rasa ayam kung pao ni dlu, kat sni pun ada menu ayam ni..cuma versi lain skit, tpi sosnya guna sos tiram dan soya sos jgk..sblum ni dh pernah buat rasanya, cuma xletak kat blog..lauk gini memang anak2 suka, klu part dada ayam tu.. kena masak mcm ni baru laku, selain masam manis atau paprik..InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada, SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA..

Bahan-bahan
  • 300g daging ayam 
  • 1 biji telur
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit garam
Sos
  • 2-3 sudu besar sos tiram *
  • 1 sudu besar sos cili *
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • sedikit gula perang *
  • sedikit kicap - utk gelapkan warna sos
  • air secukupnya *
  • 1/2 labu bawang besar - dadu kasar
  • 5-7 tangkai cili kering - kerat, buang biji
  • 1/2 biji lada benggala - dadu kasar
  • segengam gajus
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Potong nipis daging ayam, kemudian gaul dengan 2 sudu tepung jagung (maz buat macam ni dulu sebab nak bagi tepung tu tebal bila digoreng).
2. Masukkan telur dan sebatikan, masukkan tepung jagung lagi dan gaul sebati biar isi ayam bersalut tebal (maz letak ayam dalam bekas besar, masukkan tepung jagung dan golek satu-satu)
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng biar perang sambil dibalik-balik, angkat dan toskan.
4. Untuk sos, sebatikan semua bahan bertanda * dan suaikan secukup rasa (air tu dalam 1/2 cawan ke, agak-agak la ye kira padan dengan bahan lain, maz main tuang gitu je).
5. Dengan kuali lain panaskan 2 sudu besar minyak, masukkan cili kering, bawang besar dan lada benggala. 
6. Masukkan bancuhan sos dan masak biar berbuih sikit, kemudian masukkan ayam, gajus dan sebatikan.
7. Padamkan api, tabur sedikit daun bawang jika suka.

memang sedap dpt dgn nasi putih atau nasi goreng cina, meratah pun sedap! nk buat pun mudah sangat, yg pasti anak2 suka klu lauk hitam dan sedikit manis gini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...