Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 18, 2016

Char Kuew Teow

Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
plannya nk update smlm, tpi mood xbrapa rjin la plak nk duk depan lappy..kue teow ni buat beberapa hri lepas utk mkn ptg, lama dh jgk duk simpan mesin mee tu..xberapa rjin nk main tepung sbb ada jual kuew teow  kering, beli kat pasaraya..pastu rebus dan masak je, kuew teownya pon elok jgk..xde la hncur, ank duk mtak sruh buat lgi char kuew teow ni..semua suka, maz buat mudah2 je..stkat tumis bwang nga cili kisar dh, xde buat pes dlu apa ke..janji sodapp! ok la nk stop msuk dpur la dlu, dh pkul 11 lebih..plan nk buat sup ayam je meratah, suami kata xbleh dh ni..kena diet blik, asik mkn je..smlm tghri dh mkn nsi kat rmah, pastu kluar ptg tu msuk mkn hardee's plak! InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

CHAR KUEW TEOW by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kuew teow 
  • 8-10 ekor udang 
  • 1 biji telur - kacau dengan garfu
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis @ secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
  • taugeh/daun kuchai 
  • garam, gula dan aji jika suka/serbuk pati 
  • air secukupnya
Cara
 

1. Rebus udang sekejap, simpan air rebusan.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih tumis sekejap, masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sambil dikacau selama 30 saat, kemudian kecilkan api dan masukkan semua jenis sos, kicap, udang dan air rebusan, suaikan secukup  rasa. 
3. Masukkan kuew teow dan masak sekejap biar lembut sikit, masukkan telur, biar 4-5 saat, kemudian kacau perlahan-lahan, masukkan taugeh dan sebatikan.
4. Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan cili jeruk jika ada.

ni cerita ptg smlm, hadoiii! mcmana xnaik blik badan, bleh kata tiap2 minggu mesti layan fastfood gini..suka hardee's ni, burgernya grilled mcm whopper burger king..dgn friesnya, lgi la menambah lemak!

sni daun kuchai xde jual, ada sejenis sayur bentuk seakn daun kuchai pnjang2 tpi arab mkn sbgai salad..kekdng tu beli buh dlm bihun goreng atau buat cucur, hentam je la labu..rspi kat atas tu maz kecikkan, klu buat bnyk gandakan bahan2nya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...