Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, August 15, 2016

Fish N Chips Lagi

Assalamualaikum w.b.t. 
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
smlm nasi lomak, hri ni update menu western la plak..tpi ni pun kejadian awal bln 4 lgi! dh terlebih jdi baja jgk ni pun, kerap jgk duk buat fish n chips ni sbb suami dgn abangngah suka sangat, afiq kurang minat sikit sbb ikan..smenjak dh dpt bancuhan batter yg kena dgn selera ni, seronok plak buat sdrik..mkn pun puas, rspi sama mcm yg sblum ni..kat sini pun ada, basic batter ni la jgk maz guna utk buat udg celup tepung, pisang goreng cheese, kerepek daun kangkung..cuma ubah sikit2, menjadi elok dan rangup..Alhamdulillah semua dgn izinNya, skli lagi terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon maaf atas khilaf yg ada, InysaaAllah jumpa lagi..

mcm yg buat sblum ni jgk, maz guna isi ikan kerapu atau org arab panggil hamour..sini ikan kerapu bnyk yg besar2, kat pasaraya pun ada jual fresh hamour fillet ni dan harganya bleh tahan jgk mahalnya..klu kat pasar kepala ikan tu diorang belah guna kapak sbb besar, rsanya org india la kut yg duk beli kepala ni..

FISH N CHIPS LAGI  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 4 keping hamour fillet/isi ikan kerapu (gambar ikan ada kat sini)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar - option @ boleh guna air sejuk peti
  • 1/4 sudu kecil yis kering, mauripan dll - bancuh dengan 1 sudu besar sir suam
  • sedikit onion powder - option
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
  • sos pilihan - maz buat mayo garlic sos - bancuh mayonis+sedikit susu segar, mentega cair+1 ulas bawang putih, tumbuk lumat dulu dan secubit garam.
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, masukkan susu segar, yis, air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair, biar boleh salut ikan), kalau tak masuk susu segar, guna air sejuk peti semua.
2. Tabur sedikit serbuk lada hitam pada ikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, celupkan ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian, angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama, kentang goreng dan sos pilihan.

utk sos tu maz bancuh mayonis dgn bawang putih, tumbuk lumat dan butter cair..gandingan yg serasi, sedapp! krup krap gitu, tambah ikan pun fresh..xckup skeping tu, tgk gmbar ni terasa nk mkn la plak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...