Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 11, 2016

Kepah Sos Tiram

Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
bertemu skli lagi, awal bersiaran pgi ni..suami pun bru kluar prgi keje, ank msih bercuti hingga awal bln 9 nti bru sesi persekolahan bermula..summer break 2 bln lebih start pertengahan puasa hritu, memula tu dh lepak dpn tv..pastu tringat gmbar dlm folder yg duk menunggu msih bnyk! trus tutup tv on lappy la plak, clam ni lauk beberapa hri sudah..update ni la dlu sbb masih bru lgi, abangngah la suka sngat mkn kepah ni..sblum dan dlm puasa hritu pun ada jgk masak kepah ni 2-3x, cuma xsnap je..lauk ringkas yg sedapp! kat sni clam ni ada sepanjang tahun, besar2 dan isi pun penuh..cuma kepah kat sni agak masin sikit, mungkin sbb masih fresh dri laut..memang hidup lagi, blik rmah buh dlm besen smua terbuka..jdi klu masak clam ni memang maz tak masuk garam dh, InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

KEPAH SOS TIRAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kepah (clam)
  • 3 ulas bawang putih - potong nipis panjang *
  • 1 inci halia - potong nipis panjang *
  • 4 tangkai cili kering - kerat, buang biji *
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit kicap
  • secubit gula jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan bertanda * dan tumis sekejap biar naik bau.
2. Masukkan kepah, sos dan kacau balik biar sebati, masukkan sedikit air dan tutup kuali sekejap , masak sambil dibalik sekali sekala biar kepah masak/terbuka kulit, padamkan api.
3. Maz tak masuk garam sebab dah cukup dengan sos tiram dan masin air kepah.

Nota ilhamdapur : jika perlu rendam dulu kepah dalam air bersama 2-3 biji cili padi ketuk biar kepah keluarkan pasir, maz cuma bilas dengan air 2-3x je sebab kepah kat sini tak berpasir, cuma masin sikit, tu yang tak masuk garam dah.

wpun ringkas, tpi sedap dpt dgn nasi panas ni..xde lauk lain pun tkpe dh, kepah ni masak mcmana pun tetap sedap deh..buh dlm pasta atau buat stew stail omputih tu pun boleh, sni kerang dan lala mcm yg kat Msia tu xde, ni la pengantinya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...