Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, August 12, 2016

Ayam Pop Sekali Lagi

Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
ayam ni buat tghri smlm, kira masih panas lgi la..lauk mudah yg sedap! kena sangat cicah dgn sambal belacan, ada plak ulam lgi la ckup syarat deh..sbnarnya dh lama jgk afiq duk mtak sruh buat lauk ayam mcm yg mkn kat indonesia katanya, masa kat Padang dlu suka sangat dia mkn ayam pop ni..siap meratah lgi, yg buat sblum ni ada kat sini..cuma kli ni maz masuk serbuk ketumbar skli masa rebus tu, suka dgn bau ketumbar ni..pastu xde air kelapa lah, hentam air paip je..skli sekala tukar selera dri ayam goreng, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

AYAM POP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - kalau boleh guna ayam saiz kecil, maz guna ayam berat 1kg je 
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 helai daun bay/salam
  • 1 batang serai - ketuk
  • air atau air kelapa secukupnya - untuk rebus ayam
  • sedikit garam
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Ayam dipotong 4, buang kulit dan cuci bersih. 
2. Tumbuk lumat bahan bertanda * bersama sedikit garam dan lumur pada seluruh ayam, perap selama 1 jam atau lebih. 
3. Dalam periuk masukkan air atau air kelapa jika guna atau boleh guna keduanya, kira tenggelam separuh ayam (kalau air banyak sangat nanti hilang rasa manis ayam) daun bay, serai, serbuk ketumbar dan sedikit garam, masak biar air panas atau mendidih.
4. Masukkan ayam dan masak selama 30 minit atau hingga ayam masak, angkat dan toskan, air rebusan jangan dibuang boleh guna sebagai sup atau masuk balik ayam nanti. 
5 Dalam kuali panaskan minyak baru secukupnya, goreng ayam sekejap je (dalam 10-13 saat setiap bahagian), angkat dan buat sampai habis. 
6. Kalau tak nak hidang terus, masuk balik ayam dalam air rebusan tadi agar ayam tidak kering. 
7. Boleh la dihidang bersama nasi putih, sambal terasi tomat atau sambal belacan dan ulaman.

Nota ilhamdapur : yg buat ni maz tak goreng pun lepas rebus tu, sbb goreng pun sekejap sangat, takde beza mana.

ayam ni npak kering sikit sbb duk posing, air rebusannya pun sedap dgn aroma rempah, bleh hidang sekali sbgai sup..

1 comment:

  1. Memang Sangat Lezat Sekali Masakan Mu Chef . Jadi ngilir aku liat nya jadi lapeeeeeer aduuuuuh.... http://goo.gl/jwkjIU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...