Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 23, 2016

Kerapu Goreng Bercili (Berlada)

 Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
klu bleh nk update tghri atau ptg tdi, tpi mood plak xberapa nk rajin..ok la skli lgi cuci mata dgn lauk yg buat awal bln 5 lah! mazzz, bila nk hbis update gmbar yg dh basi nih! adoiii, maaf la ye memang bnyk sangat lgi gmbar dlm folder tu, xthu la bila nk hbis..dtg ilham nk buat kerapu bercili ni selepas buat ikan sambal hijau tu, cuma yg ni cilinya dikisar kasar..kebtulan stok cili pun bnyk yg beli tu, bln 11 ni akn start blik la farmer market tu..memang geram tgk segala sayur segar2, maz duk borong tomato ceri dgn lada solok..lauk gini maz dgn suami je la yg mkn..tu yg buat sekor je, lauk ringkas yg bleh buat bersemangat mkn nsi..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada, semoga Allah swt membuka hati kita..mereka yang kita sayangi kepada perkara kebaikan, Ameen..

KERABU GORENG BERCILI (BERLADA) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu saiz sederhana
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 uals bawang putih *
  • 5 biji cili merah *
  • 2 biji cili hijau *
  • sedikit garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar sedikit kasar semua bahan bertanda *.
2. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit, goreng seperti biasa.
3. Dengan kuali lain, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sambil dikacau selalu biar cili masak, masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa.
4. Masak seketika lagi biar kering sikit, tuang atas ikan dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

tkpe la kat gmbar tu nama lain, malas dh nk edit blik..dh lama sngat peram ikan ni, lauk gini bahaya deh! boleh terbabas, mau berpeluh2 kena dgn nasi panas..sedapp! kat kedai nasi campur biasanya guna ikan keli atau ikan talapia kan, maz plak tekak ni xleh nk terima ikan talapia..ikan keli pun xgemar sngat, klu yg berbau tu bleh kluar blik nanti..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...