Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 4, 2016

Singgang Kacang Bendi

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
singgang bendi ni menu masa diet sblum puasa lgi, ni dh lama la xtolak ketepi pemakan cara atkinsnya..cuma kontrol skit2 xamik bnyk skli mkn, xde pantang dh..sapu je smua, huhuu! sayur gini meratah memang sedap kan, klu layan dgn nasi pasangannya ikan goreng garing2 gituw..pastu budu, walalaa, ckup dh..sayur yg selalu bonda masak masa kecik2 dlu sbb arwah ayah suka kuah jenis air gini, semoga ayah ditempatkan bersama mereka yg soleh dan dimasukkan ke syurga Firdaus, Ameen..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

SINGGANG KACANG BENDI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g bendi
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 2-3 bini cili padi
  • nisan keping sebesar ibu jari
  • sedikit garam, gua dan aji jika suka
Cara

1. Dalam periuk masukkan air dalam 2 cawan atau secukupnya bersama semua bahan lain kecuali kacang bendi, masak hingga mendidih.
2. Masukkan bendi (masa ni baru potong sikit hujung dan pangkalnya agar lendirnya tak keluar) dan perasa secukup rasa, masak sekejap saja sekadar layu.

bendi ni celur buat ulam cicah budu atau sambal belacan pun punya la sedapnya deh..buat ulam mkn mentah gitu pun ok jgk, suami suka hirup klu kuah air gini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...