Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, October 15, 2014

Beef Chili Nachos with Guacamole

Assalamualaikum w.b.t...nachos lagi...tpi ni pun yg buat berbulan sudah...makanan yg sangat cepat nak sedia dan yg pasti sedapp...bleh kata terlalu kerap sangat dah buat sdrik nachos ala Chillis ni...asalnya memula mkn kat chillis bangsar berbelas thun yg lalu...yg teruk sngatnya msa mengandung aiman...suka sngat mkn nachos ni...klu prgi chillis tu mesti kena tapau lgi utk mkn kat rumah plak...patut la aiman minat sangat Mexican food ni...pastu bila dtg duk sni msa memula dlu thun 2007...rupenya mudah sngat nk cri Mexican food kat sni...bahan2 pun semua ada kat pasaraya...jdi dri stu la maz cuba buat sdrik...ni sma je mcm yg update hritu...ada kat sini...cuma yg ni tambah guacamole...Insyaa Allah semoga jumpa lagi...mohon maaf atas segala yg terkurang...

Beef Chili Nachos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil daging dadu/cincang - guna daging bahagian lembut @ boleh guna daging kisar segar
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar cili hijau yang dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 1/4 sudu kecil serbuk koko/coklat sirap @ 1/2 inci coklat masakan - jangan skip ye
  • 1/2 ketul kiub pati daging/ayam @ secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 helai daun bay
  • sedikit gula
  • plain tortilla chip secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya/cheese keping
  • jalapeno (cili jeruk Mexican)
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar, daun bay dan bawang putih. masak sekejap. Kemudian masukkan daging dan masak biar daging keluar airnya.

2. Masukkan semua jenis rempah, kacau sebati. Masukkan buah tomato, cili hijau dan tomato pes serta sedikit air (dalam 1 cawan).

3. Masukkan kuib pati, serbuk koko dan gula. Masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga kering. Sejukkan dulu - beef chili ni boleh buat awal, kalau bermalam dalam peti pun boleh.

4. Bila dah sejuk, ratakan tortilla chip atas pingan/casserole yang tahan panas, kemudian taburkan daging tadi dan letak sedikit cheese. Kemudian ratakan 1 lapis lagi tortilla chip dan taburkan daging serta cheese.

5. Bakar dengan suhu 170 C selama 5-6 minit @ cheese cair.

6. Keluarkan dari oven, tabor salsa dan letak guacamole. Sedia untuk dihidang panas.

Salsa
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar bombay - dadu
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • 1-2 cubit garam
Cara - Sebatikan semua bahan - boleh buat awal dan simpan dalam peti dulu.

Guacamole
  • 1 biji buah avocado masak
  • sedikit daun ketumbar (3-4 batang)
  • secubit garam
  • 1-2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
Cara : Tumbuk biar hancur daun ketumbur, kemudian masukkan buah avocado dan tumbuk. Bila dan lumat masukkan garam dan minyak zaitun, kacau sebati. Bila dah letak nachos dalam oven boleh la buat guacamole ni, jangan buat terlalu awal kerana buah ni akan bertukar warna.

skli beli 10 peket trus buat stok tortilla chip ni...memang snak yg cepat dan kenyang...stkat ni buat utk alas perut belah malam...kdang2 cicang gitu dgn salsa mcm yg kat sini...

2 comments:

  1. Terima kasih sudi singgah dapur saya yg xseberapa ni...Inysaa Allah...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal jgk dri saya...mintak maaf sangat...saya dah singgah ur site...tpi xthu mcmana nk tngal komen kat ur web...sbb bkn BlogSpot kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...