Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, September 8, 2014

Chili - Resipi II

Assalamualaikum w.b.t...lgi dgn gambar2 lama nk clearkan folder tu...rsanya chili ni pun ada la dh 4-5 bulan peram...memang kerap sngat duk buat chili ni utk mkn dgn nachos alas perut ganti nsi mlm...yg versi letak atas nachos ada kat sini dan sini pun ada...yg ni buat cicah nga tortilla bread...biasa la tukang masak ni suka sngat klu yg jenis cepat dimasak sedapp dimkn tu...semua suka...memang peminat mexican food...akhir kata Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

ni sebelum dihias dgn cheese...mkn gini pun boleh...klu letak cheese tu lgi lemak berkrim la kan...

Chili Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 200g daging kisar segar
  • 1 labu bawang besar purple - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji tomato - dadu kecil
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)*
  • 1 sudu kecil serbuk cili *
  • 1 sudu kecil paprika *
  • 2 helai daun bay*
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar tomato pes (bukan tomato puri ye)
  • 1/4 cawan kacang merah tin (kidney bean) - hancur/tumbuk sikit
  • 1/2 litter stok daging/air (maz buat sendiri resipi kat sini)) 
  • 1 kiub pati daging 
  • gula secukup rasa
  • 4 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • monterey jack cheese secukupnya @ cheedar
  • sedikit sour cream - jika ada
  • tortilla bread secukupnya - maz masuk dalam oven sekejap
Cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan masak sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging Kacau sekali sekala agar masak sekata.
2. Masukkan semua bahan yang bertanda * dan masak hingga daging mesra dengan rempah dalam 4-5 minit.
3. Kemudian masukkan tomato, kacau sebati. Masukkan tomato pes dan sebatikan. Masukkan stok daging dan semua bahan lain. Masak dengan api sederhana hingga daging lembut, perasakan secukup rasa dengan sedikit gula dan kacau sekali sekali hingga hamper kering.
4.Bila dan sedikit kering boleh lah dimatikan api.
5. Boleh lah dihidangkan dengan tortilla chip/bread atau boleh letak atas pasta, pastu letak cheese dan masuk oven sekejap atau makan dengan fries dan sebagainya ikut citarasa. 

maz memang suka sngat tgk cooking show...npak mudah dan simple2 je cara masakan mereka...klu  masak utk family gathering pun stkat buat salad...pastu menu utamanya pun ringkas je...klu kita ada org nk dtg xsah klu xperah kelapa...potong ayam dan mcm2 la kena masak...mau dkat stngah hri duk kat dpur kan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...