Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah, pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah Almighty terima all our doa and shower His mercy, Ameen.
klu hri minggu gini la, liatnya nk update blog! gambar berderet2 dlm folder, ok la ni pon menu masa tgh berdiet skjap hritu..dh sbln lebih la kejadiannya,masa diet tu bleh kata hari2 la mkn ayam, klu xbuat sup..buat tomyam ni atau goreng je, ayam ni senang skit..ank pon mkn, biasa klu buat tomyam xletak sayur dan guna udg..tpi ni sbb xmkn dgn nasi, meratah je..tu yg buat tomym ayam, senang nk mkn dan kenyang skit..pastu letak bunga kobis bnyk2, rspi mcm tomyam yg biasa duk buat sblum ni..cuma ni xmsuk santan la, buat light gitu..tpi daun ketumbar xleh tinggal, suka dgn baunya..mkn pun sedap! maz buat ulam mkn nasi pon jdi daun ketumbar ni, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf kekurangan yg ada..
TOMYAM AYAM (MENU DIET CARA ATKINS) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 1kg ayam - potong saiz sederhana kecil
- 1 inci lengkuas - ketuk
- 2 batang serai - ketuk
- 4 helai daun limau purut
- 2 sudu besar pes tomyam thai
- bunga kobis
- tomato ceri/tomato biasa
- gula, garam dan aji jika suka
- cili padi - ketuk
- daun ketumbar
Cara
1. Dalam periuk isi air secukupnya, pes tomyam, serai dan lengkuas, masak hingga mendidih.
2. Masukkan ayam, daun limau dan perasa secukup rasa, bila ayam dah masak masukkan bunga kobis dan masak sekejap je, padamkan api dan masukkan tomato.
3. Boleh la dihidang bersama cili padi dan daun ketumbar.
tomyam ni lauk paling kerap la kat rumah ni, bleh kata setiap minggu mesti buat..ni snap sbb tomyam ayam, tomyam udg pon duk buat selalu..tpi xsnap dh la, bnyk dh pon n3 tomyam udgnya..tomyam ni lauk ringkas yg cepat dan sedap, klu mkn tomyam suka mkn nasi banjir..
atkins fasa berapa ni kalau dah guna gula bagai? Pes tomyam pun ada gula rasanya
ReplyDeleteXlulus atkins
ReplyDelete