Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, August 10, 2014

Kari Ayam Madras

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah 39 tahun yg lalu seorang insan yg bernama Maznah bt Rajab yg bergelar ibu telah selamat melahirkan diri ini...iaitu anak sulungnya yg kini telah bergelar seorang ibu kepada 3 orang anugerahNya utk dididik...dijaga dan melalui hari2 bersama seorang suami yg cukup sempurna...yg banyak mendidik...membimbing diri kerdil ini ke jlnMu Ya Allah...syukur padaMu atas segala rahmat dan nikmatMu yg tidak pernah putus...nikmat tangan yg dpt diguna dengan sempurna utk menyediakan keperluan suami dan anak2...nikmat mata, kaki, perut...semuanya milikMu Ya Allah...Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...kumemohon padaMu...ampuni la segala dosa2 arwah ayahku...dosa ibuku...yg telah mengandungkan aku selama 9 bulan...yg telah melahirkan aku dengan segala keperitan menanggung kesakitan...yg telah mejagaku semenjak ku dilahirkan...yg telah membesarkanku dengan segala keringatnya...Ya Allah gantikan la setiap titik susu yg mengalir dalam diriku ini dengan kebajikan untuknya yg boleh membawa kesyurgaMu Ya Allah...Ya Rahman...kau gantikanlah setiap titis peluh yg mengalir dari tubuh arwah ayahku dlm mencari rezeki utk keluargaku dgn keampunan yg membawanya ke syurgaMu Ya Allah...sesungguhnya pengorbanan ibubapaku tidak akan mampu ku balasnya...Ya Allah kurniakanlah kepada arwah ayah dan ibuku tempat yg istemewa di syurgaMu Ya Allah...Amiin...

Kari Ayam Madras by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong sederhana dan cuci bersih
  • 1 labu bawang besar purple - dadu
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/4 sudu kecil biji jintan manis (fennel seed)
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1/2 sudu besar serbuk garam masala
  • 2 kuntum bunga lawang, bunga cengkih, buah pelage & 1 kulit kayu manis
  • 2 biji cili hijau - kerat
  • 1 biji tomato - kerat 6
  • 1/2 cawan tairu (yogurt asli)
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • minyak untuk menumis
Cara

1. Satukan serbuk kari dan garam masala, campur sedikit air dan jadikan pes.

2 Tumbuk lumat bawang putih dan halia, kemudian masukkan biji jintan manis dan tumbuk biar pecah sikit.

3. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, rempah 4 sekawan dan daun kari. Tumis hingga Wangi.

4. Masukkan bawang dadu dan cili hijau, tumis biar bawang perang sikit.

5. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan.

6. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar, kacau sebati dan masak biar tomato layu. Tambah air sikit jika perlu.

7. Masukkan ayam dan kacau balik sekali sekala, tutup periuk dan masak hingga ayam sebati dengan bahan rempah (dalam 15-20 minit).

8. Kemudian masukkan tairu/yogurt, sedikit air dan perasa secukup rasa dengan sedikit garam dan gula. Masak hingga ayam lembut/masak.

plannya ayam ni nk update mlm tdi...tpi klu dh hri mnggu tu ada je unplan aktvti...msih dnga pic2 lama dlm folder...feningg jgk tgk makin bertambah gambar2nya...klu ada kesempatan memang nk update selalu biar clear skit folder tu org kata...tpi kekadang tu malah bnor la plak nk menaip...huhuu...ayam ni main bgi je namanya tu...kat sni memang ada mcm2 jenis rempah dan smjak duk mkn kari2 india  ni suka la plak dgn rasanya tu...jdi ni pepandai sdrik je ye masak ikut suka...asalkan kena dgn slera deh...cicah nga rti pun sdppp...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

4 comments:

  1. aamiiinnn... aamiiiinnn YRA

    selamat hari lahir, Maz.. semooga doa2 Maz dikabulkan Allah swt

    blehlah cuba kari ayam mmadras ni nanti tapi kita nak kena beli garam masala dulu larrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameenn...jazakillahukhairan atas dao dan ingatan SK...main mask ikut sdap ati je kita pun...sni memang ada mcm2 rempah...suka bli...

      Delete
  2. Replies
    1. Ma...jazakillahukhaiarn atas ingatanmu...muahhhh...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...