Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, August 18, 2014

Shrimp and Mushroom Pasta with Cream Sauce

Assalamualaikum w.b.t...lama dh jgk xupdate pasta kat sni wpun selalu duk buat...biasanya pasta2 ni buat utk mkn mlm...dlm puasa hritu pun rsanya 3-4x jgk berbuka nga pasta...kdang2 tu nak cepat kan...xsmpat nk posing bagai...pasta ni lunch abangngah dan adik afiq...jdi tu yg boleh snap dlu...memang suka buat mknan itali ni...cepat dan mudah nk sedia...yg penting semua umat dlm rumah ni memang suka sngat nga pasta...dah lewat jgk bersiaran pgi ni...Insyaa allah last day puasa 6 hri ni...nak buat chili nachos je utk berbuka nti...utk anak nak masak kamben tghri ni...mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Insyaa allah...

resipi amik dri buku 30 way to italian...rspi asal guna tuna dan maz dah ubah sikit2 bhnnya ikut keperluan...

Shrimp and Mushroom Pasta with Cream Sauce by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 150 g pasta - apa-apa jenis
  • 15 ekor udang - terpulang udang besar atau kecil
  • 100g cream cheese - suhu bilik
  • 5-6 biji cendawan butang putih - hiris
  • 3 sudu besar mentega - suhu bilik
  • 1 sudu besar serbuk sup cendawan maggie/knor (boleh ganti dengan kiub pati ayam)
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • sedikit minyak zaitun extra virgin untuk menumis
  • sedikit parmesan cheese - untuk tabur (optional)
  • sedikit dry basil - kalau ada yg segar lagi sedap
Cara

1. Dalam periuk bila air dah mendidih masukkan sedikit minyak zaitun dan garam. Kemudian masukkan pasta dan rebus hingga lembut. Angkat dan toskan (simpan sedikit air rebusan pasta).
2. Satukan mentega dan cream cheese dan cairkan dalam microwave selama 40-50 saat. Keluarkan dan kacau sebati.
3. Dalam kuali panaskan 2-3 sudu besar minyak zaitun, masukkan bawang putih dan masak biar layu sikit. Kemudian masukkan udang dan masak seketika dan baru masukkan cendawan, masak sekejap lagi.
4. Masukkan cream cheese tadi dan kacau sebati (api perlahan). Kemudian masukkan serbuk cendawan, sebatikan dan masuk pasta serta air rebusan pasta (agak-agak la ye, jangan banyak sangat)
5. Perasa secukup rasa kalau kurang boleh tambah sedikit garam dan tambah sedikit air rebusan pasta tadi jika kering dan akhir sekali masukkan dry basil.
6. Boleh dihidang dengan sedikit parmesan cheese.

klu suka sos lebihkan lgi air rebusan tu...semua suka pasta samada yg tomato based atau pun jenis putih gini...

1 comment:

  1. sedapnya pasta akak..nak try la,,,sudi2 singgah n follow me...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...