Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 28, 2014

Talam Lapis Ubi Kayu

Assalamualaikum w.b.t...ptutnya nk update pgi smlm kuih ni...tpi msa xmngizinkan...lagi kuih ubi kayu...memang pabret sngguh klu ubi2 kayu ni...asal kampong deh...kuih talam ni buat awal ramadhan hritu lgi...skli dgn kuih tepong boko ubi kayu tu...sblum ni pun dh prnah buat kuih ubi kayu lapis mcm ni atau kuih trafik light ni...ada kat sini...kali ni guna sukatan sdrik dan masuk santan cair dlm adunan tu dan tekstur kuihnya lebih lembut dan anjal sebab ubi kayu tu dikisar bukan parut...org kata memenuhi citarasa...sedapp...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Inysaa Allah...

Talam Lapis Ubi Kayu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg ubi kayu - buang urat tengah dan potong saiz kecil
  • 3/4 cawan air - untuk kisar ubi
  • 1/2 cawan + 2 sudu besar gula halus
  • 120ml santan cair
  • secubit garam
  • sedikit pewarna merah, hijau & kuning
  • kelapa parut secukupnya - gaul dengan sedikit garam
Cara

1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Kisar ubi kayu dengan air biar halus, kemudian tuang dalam penapis biar air sejat sikit (tak perlu tekan, letak gitu je sekejap pastu terus masuk dalam bekas).
3. Sebatikan dengan santan dan gula, kemudian bahagia 3 dan masukkan pewarna. Tuang dalam bekas/tware yang telah disapu dengan sedikit minyak lapisan pertama merah.
4. Kukus selama 5-7 minit dan tuang pula lapisan kuning dan kukus balik 5-7 minit. Kemudian lapisan akhir dan kukus selama 20-25 minit (bungkus penutup pengukus dengan tuala/kain. Bila masak sejukkan sepenuhnya.
5. Bila dah sejuk potong dan golek dalam kelapa.

kat sni ubi kayu ni xde masalah...ada jual kat mna2...dan nk buat pun mudah je xperlu susah nak parut lagi...blander je dan kuihnya tetap sedapp...skrang abangngah pun dh reti mkn kuih2 mcm ni...sedapp katanya... 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...