Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, January 11, 2016

Ayam Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni sblum kluar rumah atau setiap pagi dan ptg, semoga kita sentiasa dlm lindunganNya..
bertemu skli lagi, mood jenis tengelam timbul..klu ikutkan rsa memang nk update je hri2, tpi wken lepas sbuk skit duk ke hulu hilir..xdan nk layan blog, ditambah dgn vitamin M pun tebal jgk..lauk anak time xde idea, masuk je la apa yg ada..jdi la ayam 3 rasa ni, kejadian yg dh berbln duk peram..skli sekala tukar selera buat versi berkuah sikit, jln jgk dgn nasi panas ni deh..mkn dgn nasi lemak pun bleh jgk ni..kekdang tu xde buntu jgk nk masak, klu dh asik ayam je dlm seminggu tu..biasanya 3-4 ekor jgk seminggu utk stok lauk, nasi dgn kicap je pun jdi asalkan ayam..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf..

AYAM MASAK TIGA RASA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 kg ayam - potong saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit sayur - lada benggala hijau, tomato, bawang besar - dadu kasar
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam @ garam,  jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Cuci ayam dan toskan kemudian gaul dengan sedikit garam kunyit dan goreng seperti biasa, tapi bukan garing ye, angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sekejap.
3. Masukkan cili kisar, masak biar pecah minyak sikit kemudian masukkan semua jenis sos dan sayuran.
4. Masuk sedikit air dan perasa secukup rasa kemudian masukkan ayam.
5. Masak dengan api perlahan sambil dibalik sekali sekala biar ayam mesra dengan bahan rencah dan kuah jadi pekat sikit.

tpi rsanya semua budak memang suka lauk ayam deh, ikan ni budak xnak mkn sbb takut tulang deh..tpi akhir2 ni abangngah dgn afiq nk jgk dh mkn ikan klu xde lauk lain..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...