Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, January 12, 2016

Sayur Air Bayam Dan Cendawan Dengan Labu (Sayur Bening)

Assalamualaikum w.b.t..'Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah)
bertemu skli lgi, klu menu sayur tu asik bayam je deh..apa nk buat sayur daun ni xde pilihan sangat kat sni, yg ada kat pasaraya hanya kangkung, sawi dan bayam..nk cri cekur manis memang xde, tu yg kerap duk masak bayam ni, klu kat kmpung maz dipanggil sayur pedas ni sbb ada masuk sdkit lada hitam..msa zaman budak2 dlu bonda selalu jgk sayur air gini cendawan pusu tu, yg tumbuh time hujan..memang sedap la layan dgn ikan masin! menu musim banjir..tu yg buh cendawan skli, sayur kuah air gini memang xmuak deh, mkn hri2 pun bleh klu tekak maz ni..sbnarnya smjak awal thun hritu lgik duk sayur air bayam ni, bleh kata 3-4x dlm seminggu buat sbb suami suka hirup kuah, meratah je..siap oder sruh buat periuk besar lgik, Inyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

SAYUR AIR BAYAM DAN CENDAWAN DENGAN LABU (SAYUR BENING) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat bayam - kerat dan cuci bersih
  • 1 paket cendawan, maz guna jenis panjang
  • 1 mangkuk labu
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/4 sudu kecil lada hitam *
  • 2 biji cili padi merah - potong serong
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • garam, gula secukup rasa @ sedikit serbuk pati bilis jika suka
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Dalam periuk masukkan air secukupnya, bahan tumbuk, labu dan masak hingga labu lembut.
3. Masukkan semua bahan lain, perasa secukup rasa dan masak sekejap lje sekadar sayur layu.

klu bayam ni anak2 pun mkn, biasa duk buh keledek..kebetulan ada beli labu skit tu yg campur je la skli..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...