Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, January 26, 2016

Gai Pad Makahm (Stir Fry Chicken With Tamarind Sauce)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah)
skli lgi cuba buat berdasarkan pda apa yg maz mkn..tpi ni pun kejadian bln 11 thun lepas jgk! menu ni dri kedai tomyam dekat rmah yg duk ulang pergi mkn msa blik Msia tahun lepas, sedap masakannya..lauk ni sebenarnya dari menu nasi goreng belacan kedai tu, wpun nama menu tu nasi goreng belacan..tapi bukan mcm nasi goreng belacan yg pernah mkn kat tempat lain..kata tauke kedai tu, cuma nama menu je mcm tu..nasi gorengnya dihidang bersama lauk mcm ni, telur dadar hiris dan mangga putik yang disagat..memang sedap la, memula tu maz xoder pun sbb ingat mcm nasi goreng belacan yg biasa tu..tpi tauke kedai tu yg rekmen, sbb kami kerap sangat duk mkn situ jadi xkan setiap kli nk mkn benda sama kan..so tu yg dia rekmen menu tu, sdppp katanya..memang sedap sungguh! pastu duk ulang oder la, sempat jgk la 2-3x mkn..cuma yg maz buat ni guna thai palm sugar mcm duk guna utk buat somtam tu..masakan siam memang bnyk guna gula putih tu..nama tu sja maz letak dlm bahasa thai, Inysaa Allah jumpa lagi, maaf atas segala khilaf dan semoga Allah swt guide us to the straight path..

masakan ni ada rsa sedikit masam dri pes asam jawa, manis dri nisan siam dan sedikit pedas dri cili padi..memang kena la wpun mkn dgn nasi putih...

GAI PAD MAKAHM (STIR FRY CHICKEN WITH TAMARIND SAUCE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil isi ayam 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa * @ air asam jawa pekat
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1/2 sudu besar thai palm sugar *
  • sedikit kicap pekat @kicap manis*
  • sedikit bawang besar/cili hijau/lobak merah - hiris @ cili padi ketuk, kalau nak pedas
  • sedikit garam dan aji - jika perlu
  • sedikit minyak sayur/masak
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan bertanda *, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
2. Panaskan minyak secukupnya, kira padan dengan ayam, masukkan ayam dan kacau balik biar masak sekata, angkat dan ketepikan dulu. 
3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak untuk menumis, tumis bawang putih sekejap, kemudian masukkan pes tadi, masak sekejap dalam 5-6 saat biar berbuih dengan api besar, masukkan sedikit air dan sayuran.
4. Masukkan ayam, perasa secukup rasa dan masak biar kuah pekat sikit, kicap boleh tambah jika perlu, masakan ni ada rasa sedikit masam dari pes asam jawa dan manis yang seimbang.
5. Boleh la dihidang bersama nasi putih.

ingat xde dh gmbar ni, jumpa dlm wassap media yg hntar kat kwn..ni la nasi goreng belacan yg maz mkn tu..gai pad tu cuba nk tiru yg ni la, nasinya pun sedap..

guna nisan siam ni rsa manisnya lain skit dri guna gula pasir..menu yg ringkas dan sedap, klu time nak cepat tu bleh la try menu ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...