Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, January 5, 2016

Kadai Gosht (Chicken)

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), sama2 kita perbanyakkan istighfar semoga diampunkan segala dosa..
bertemu skli lgi, ada kelapangan dan mood rajin skit ni nk update la sberapa yg bleh..biar surut skit gambar dlm folder tu, lagi kari versi xde kuah..kerap plak loni duk cuba menu ala kedai mcm yg biasa duk mkn kat sni, kadai gosht atau karahi satu masakan yg popular kat india atau pakistan, memang sedap la..versi karahi ada kat sini, masakan india atau pakisatn xbnyk beza, bleh kata hampir sama..masakannya banyk guna bawang besar sebagai bahan asas utk kuah dan jgk tomato..ada mcm2 versi jgk kari yg biasa duk mkn, bergantung pada cara masak setiap restoran..tpi rsa tu xlari bnyk la sbb biasanya klu kari tu akn masuk serbuk ketumbar, serbuk cili, kunyit dan garam masala..bleh jgk nk tmbah rempah lain jgk skit, ni pun maz cuba buat ala menu yg mkn kat luar..bila mkn tu memang akn amati betul2 rsanya guna bahan apa, pastu amik gmbar skli agar senang nk cuba buat sdrik plak..gituw la tabiat mokcik sorang ni, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

bleh kata dh jatuh cintan la dgn kari versi india atau pakistan ni, xmuak sbb xmsuk santan dan wangi dgn aroma rempah..memang kena sangat layan dgn roti naan atau chapati..

KADAI GOSHT (CHICKEN) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 600g ayam - potong saiz sederhana
  • 1 labu labu bawang besar, kalau kecik guna 2 - hiris nipis 
  • 1 biji tomato - hiris nipis @ dadu
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar yogurt
  • 2-3 biji cili padi
  • 2-3 sudu besar minyak sayur
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • garam, gula secukup rasa
Cara

1. Cuci ayam dan toskan.
2. Gaul ayam dengan bahan tumbuk.
3. Panaskan minyak sayur, masukkan bawang besar dan masak sekejap biar layu.
4. Masukkan tomato, ayam, garam, sedikit daun ketumbar dan semua bahan serbuk, masak sambil dibalik sekali sekala agar masak sekata dan ayam keluar airnya.
5. Masukkan yogurt, sedikit air (dalam 1 cawan), cili padi dan perasa secukup rasa, kemudian tutup periuk dan masak dengan api sederhana kecil sambil dibalik sekali sekala hingga semua bahan rencah hancur, jadi pekat dan ayam lembut.
6. Bila nak hidang tabur sedikit daun ketumbar, boleh dinikmati bersama nasi putih atau chapati, roti naan atau roti putih.

klu hri minggu tu memang dapur kat kedai je, suka layan kari ayam atau kari kambing dgn irani bread atau roti naan..salah satu kelebihan duk negara Islam ni mkn senang, pastu kat sni restoran india dan pakistan pun bnyk..bleh pusing2 klu dh boring dgn nasi arab..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...