Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, January 26, 2016

Samosa Pisang Keju

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni sblum kluar rumah atau setiap pagi dan ptg, semoga kita sentiasa dlm lindunganNya..
apa kbar semua, bersua skli lgi..semoga kita semua sentiasa dlm rahmatNya..cuci mata dgn kue thun lepas jgk ni pun, dh 2x buat samosa inti pisang berkeju ni..semua suka, memang sedap la..kulit samosa xmcm kulit popia..pasrtynya jenis xberminyak dan nipis, 3-4 biji pun bleh hbis..pisang tu jgn guna yg dh masak sangat, jdi bila goreng pisang xlembik, sedap gandingan pisang dgn kulit samosa ni..buat utk alas perut suatu mlm thun lepas la, nk cepat dan senang jdi guna je apa yg ada kat dapur..Inysaa Allah jumpa lagi, may Allah swt guide us to the straight path dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

ilham dri goreng pisang keju, bleh hbis 3 bjik skli mkn..sedapp! klu guna pisang berangan lgi la sedap, ni guna pisang montel je..

SAMOSA PISANG KEJU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • kulit samosa secukupnya - maz beli yang dah siap kat pasaraya
  • pisang yang sesuai secukupnya - hiris nipis (maz guna pisang montel, boleh guna pisang berangan/emas)
  • parutan chedar cheese secukupnya
  • sedikit susu pekat manis
Cara

1. Ambil sekeping kulit samosa, gulung buat bentuk kelongsong dan isi 3-4 keping hirisan pisang, kemudian lipat bentuk 3 segi, sapu sedikit air dihujungnya dan lekat biar kemas, buat sampai habis (sini kulit samosa ada jual kat pasaraya dalam saiz yang mudah guna, lipat je).
2. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya dan goreng hingga perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
3. Tuang sedikit susu pekat atas samosa, tabur cheese secukupnya, boleh juga kalau nak tabur sedikit coklat rice.

kat sni kulit samosa mudah, ada jual kat mna2 dan senang guna sbb dah dipotong dlm saiz panjang..lipat je buat bentuk segi 3..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...