Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, January 28, 2016

Nutella Pavlova

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A..sahabat yang telah dijanjikan syurga.
projek nk prhbiskan stoberi, beli pastu duk simpan dlm peti..tgh musimnya, sana sini duk ofer stoberi ni, memang geram sungguh..tu pun utk thun baru ni belum pergi psar buah lagi, klu kat psar dijual borong..4-5 paket baru 1 dinar @ rm11..sapa yg xgeram kan..anak2 plak xsuka mkn buah ni, jdi tu yg tenggek je la atas cik pavlova ni..mudah keje, nk godek buat yg cangih skit xberapa rjin mana..pavlova ni dessert kegemaran kak long, tu yg msa dia dtg sni dlu kerap sungguh duk buat pavlova..rspi sma mcm yg buat sblum ni jgk, ada kat sini..guna 2 bji putih telur je, bleh hbis la skli mkn tu..kecik molek je..selamat berhujung minggu, inysaa Allah esk jumaat sekli lagi..sama2 kita amal baca surah Al-Kahfi sebagaimana sunnah Rasulullah saw, paling tidak 10 ayat pertama..sampai jumpa lagi dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..may Allah swt guide us to the straight path..

teksture pavlova ni rapuh kat luar dan dlmnya soft seakan marshmallow gituw..xbleh nk letak berdiri yg dh potong ni, berat dgn buah..yuummy..

NUTELLA PAVLOVA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji putih telur saiz A
  • 115g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil lemon jus/cuka makan
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
Cara

1. Panaskan oven suhu 140 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper.
2. Dalam mangkuk yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih dulu, masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk, putar hingga kental, masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh, boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni.
4. Tuang atas loyang, ratakan buat bentuk bulat kecil 2 biji tinggi dalam 1 inci, jarakkan sebab bila masak ia mengembang.
4. Bakar dalam oven selama 30-35 minit atau bergantung pada jenis oven juga, bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10-15 minit, kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.

Lapisan Krim
  • 200ml whipping cream Non-Diary (yg dah manis tu)
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • nutella secukupnya - maz dalam paiping bag
  • sedikit parutan coklat
  • secubit garam
  • buahan segar secukupnya - strawberi/blueberi/kiwi
Cara 

1. Putar cream dengan vanilla dan secubit garam hingga kental, kemudian ratakan atas pavlova biar tinggi sikit, paipkan nutella secukupnya, letak 1 lagi pavlova dan ulang cara yang sama.
2. Susun buahan secukupnya, paip nutella atas buah dan tabur dengan parutan coklat secukupnya atau boleh hias ikut citarasa.
3. Simpan dalam peti dulu sekejap lagi sedap dinikmati pavlova ni.

Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan. Jadi kena tahu suaikan oven masing-masing, ni maz guna built in oven. 

gandingan cream dan nuttella memang serasi, pastu letak je buah bnyk2..wpun rupe asal pavlova ni xcantik, bila dh ditutup dgn tahta kat atasnya, terus jdi berseri..

stelah dioperate, satu adunan tu maz buat 2 biji kecik sbb nk lapis, lgi npak meriah la kan..pastu saja buat kelaian skit dri pavlova yg sblum2 ni hnya sapu cream je, kli ni mewahkan lgi rsanya dgn nutella dan parutan coklat..dessert ringkas yg boleh mengoda selera pencinta makanan manis..memang enak utk dinikmati..

3 comments:

  1. Dah berjaman x buat pavlova ni maz...sedap pulak nengok pavlove nutela maz ni..nyaman anak tekak

    ReplyDelete
  2. Kite follow balik la..kompom kena cantas dah tu...mmg ingat sangat dah follow blog maz dari tahun 2009 lagi huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...