Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, January 11, 2016

Spaghetti Aglio Olio And Fried Shrimp

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah).
sambungan udg celup tepung tu..klu pasta ni, xkisah la apa jenis pun atau msak mcmana..mesti laku la kat rumah ni, kerap sungguh berpasta..menu cepat dimasak dan semua suka, nak2 anak bongsu..udg celup tepung tu mkn dgn spagheti ni la..sbb dlm spagheti xde masuk lauk apa..tu yg buat udang, kononnya menu ala restoran gituw..memang pasangan yg serasi la, spaghetinya segar dgn aroma bawang putih..yg kat sini versi mkn dgn steak..akhir kata, semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan maaf atas apa yg tidak sempurna..Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

cuma skrang ni jarang skit dh buat yg jenis berkrim..klu dedulu duk buat yg jenis sos putih tu, yg plain gini lagi xmuak kan..pastu bahan pun simple sangat..yg ponting mkn tetap sedap..

Spaghetti Aglio Olio With Fried Shrimp by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
  • sedikit cendawan keping kering, kat tesco bahagian barang timbang pun ada jual
  • sedikit cili flakes
  • sedikit serbuk pati ayam
  • sedikit parsley kering/italian herbs 
  • 1/2 paket spaghetti - rebus biar lembut dengan sedikit garam dan minyak zaitun
  • sedikit parmesan cheese serbuk - jika suka
Cara

1. Dalam kuali panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap sekadar layu sikit.
2. Masukkan parsley/italian herbs, cendawan kering, spagheti yang telah ditoskan dan sedikit serbuk pati ayam, sebatikan (kalau boleh bila spagheti hampir masak dapur sebelah terus sediakan bahan untuk buat aglio ni, agar spagheti tidak terlalu kering), padamkan api dan boleh la dihidang bersama udang celup tepung, resipi udang ada kat sini atau makan gitu pun sedap.

yg keping2 tu cendawan kering, kebetulan stok pun ada..masuk je la, sedap cendawan ni..pastu letak parmesan cheese serbuk sikit, stok cheese ni jarang putus jgk..klu nk gaul terus dlm spagheti masa dh nk masak pon bleh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...