Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, January 21, 2016

Smoked Turkey And Vegetable Pizza

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar..sahabat yang telah dijanjikan syurga semasa hayatnya lagi..
piza lgik, apa nk buat memang antara menu yg kerap jgk kat rmah ni, cuma xsnap sokmo je..ni pun gmbar bln 12 jgk, dri dulu memang suka buat piza ni utk alas perut malam atau mkn ptg, sbb nk buatnya mudah je..pastu letak apa stok yg ada, cheese memang jarang putus..rspi sma mcm yg duk buat selalu, cuma toping je tukar2 dan buat sbjik gedebak gini..kena buat jenis thin crust gini, klu piza tebal tebal umat kat rumah ni xminat..katanya mcm mkn roti, maaf atas sgala yg tidak sempurna..Inysaa Allah jumpa lagi dan may Allah swt guide us to the straight path..

posing la dlu skping pun sblum tingal loyang kosong, kat sni buah zaitun memang banyk, beli yg timbang..tunjuk je nk yg mana, ada buah dri tunisia, lebanan, spain, jordan dan bnyk lgi la..

Smoked Turkey & Vegetable Pizza by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Doh Pizza
  • 1 1/4 cawan allpurpose flour/tepung serba guna
  • 1/2 cawan air suam @ bergantung pada jenis dan kualiti tepung
  • 1/2 sudu kecil yis kering - mauripan dll
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan atas pizza
  • 3-4 keping smoked turkey, maz guna yang macam dalam gambar kat bawah tu - potong kecil
  • sedikit bawang besar - hiris nipis
  • buah zaitun potong - hijau dan hitam secukupnya
  • sedikit lada bengala hijau
  • sedikit daun basil kering/italian herbs
  • sos pizza secukupnya
  • mozarella cheese secukupnya
Nota ilhamdapur : Untuk sos pizza maz guna tomato paste je (kat sini tomato pes pekat sangat, tak masam dan ada sedikit rasa manis, memang sedap. Sesuai untuk sos pizza dan pasta, cuma tambah sedikit garam, gula, dry italian herba, air dan sikit olive oil, sebatikan je.

Cara

1. Dalam mangkuk satukan air, yis dan gula, kacau dengan garfu biar larut sikit.
2. Masukkan minyak zaitun, garam dan tepung sambil dikacau dengan garfu buat bulatan jam, kemudian uli dengan tangan selama 5-7 minit biar jadi doh yang lembut.
3. Tutup mangkuk dengan plastik/tuala dapur, perap selama 30-35 minit atau biar naik 1x ganda.
4. Keluarkan doh, tumbuk sikit dan canai bentuk bulat nipis, letak atas loyang pizza yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun.
5. Ratakan sos pizza atasnya, tabur cheeese secukupnya dan bahan pizza yang lain, akhir sekali tabur sedikit daun basil dan tuang sedikit minyak zaitun.
6. Bakar selama 13-15 minit dengan oven suhu 200 C yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit hingga sedikit perang atau bergantung pada oven masing-masing.

maz gna smoked turkey ni, biasa jgk duk bli utk letak dlm sandwish atau salad suami..kekadang tu hbis ank2 mkn gitu je..

posing piza pun sepesen ni je semua, kes nk cepat..hentam je la atas table top kat dapur tu..kang sjuk xsedap plak org nk mkn..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...