Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, January 5, 2016

Nasi Lemak Ala Cik Chom Versi Kerapu Goreng

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku)
layan nasi lemak versi ikan goreng la plak, berpinau dh jgk mata ni tgk gmbar berderet2 dlm folder tu..sesmbil duk msak ni update la skli lgi, nk bleh start je yg liat skit..bila dh mula masuk gear 1 tu kira ok la skit..mungkin pelik jgk mkn nasi lemak dgn ikan goreng deh, klu dgn rendang tu biasa la kan..tpi skrang ni mcm2 gaya makanan yg ada, so maz pun amik peluang la jgk cuba buat nasi lemak ala Cik Chom yg pemes kat Batu Pahat nun..nsi lemaknya dihidang dgn lauk sotong goreng atau siakap goreng, wpun xpernah rsa lgi nasi lemak tu, cuma tgk gmbar je..tpi sbb ada stok ikan kerabu, maka nk try rsa la jgk nasi lemak dgn ikan goreng ni, sedapp rupenya..ye la sambal dh ada, pastu ikan goreng panas2..memang kena sangat la, cuma nasi lemak cik chom versi 2 warna..diletak sikit nasi lemak pandan atas nasi lemak biasa tu, tpi maz buat nasi lemak biasa je..semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

NASI LEMAK ALA CIK CHOM VERSI KERAPU GORENG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun pandan
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 1/4 cawan santan
  • 1 sudu besar minyak sayur - abaikan jika guna santan segar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • air secukupnya, ikut sukatan beras masing-masing
Cara : Satukan semua bahan dalam periuk dan masak seperti biasa sambil dikacau 1-2x agar sekata, bila nasi dah kering gemburkan sikit dan biar masak sepenuhnya.

Sambal Bilis
  • 1 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • sedikit nisan/gula melaka
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • segengam kecil bilis tanpa kepala - goreng sekejap
Cara

1. Dengan pengisar kering, kisar lumat bahan bertanda *.
2. Dalam kuali, panaskan minyak untuk menumis secukupnya, tumis bahan kisar sekejap.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak, kemudian masukkan bawang hiris, asam keping, nisan, sos tiram dan sedikit air, tumis biar lama sikit agar sambal masak sempurna.
4. Masukkan bilis goreng, masak biar lama sikit sambil dikacau sekali sekala dan perasa secukup rasa.

Lauk Sampingan
  • 2 ekor ikan kerapu saiz kecil @ boleh guna sotong segar
  • telur mata kerbau
  • timun
Cara

1. Cuci ikan dan toskan, lumur ikan dengan sedikit garam kunyit dan 2-3 sudu besar tepung gandum.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng seperti biasa hingga garing.
3. Sedia untuk dihidang bersama nasi lemak, sambal bili, telur mata kerbau dan timun.

sambal Cik Chom xde bilis, tpi saja letak bilis skit sbb xnk sambal kosong..klu masak nasi lemak, mesti masuk daun limau purut, nasi wangi semerbak..dulu pun dh ada n3 nasi lemak daun limau ni kat sini..maz memang suka mkn nasi lemak dgn lauk bnyk ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...