Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, January 14, 2016

Kuih Lapis Coklat

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..
masih dgn gambar thun lepas, tetiba plak dtg mood rajin nk melapis..rsanya lepas buat kek lapis keju ni kut..kukus kuih ni pun guna bekas sama yg kukus kek tu la, pengukus kat rmah ni kecik bnar..jdi kena la kretip skit guna apa yg bleh muat, asalnya nk buat kuih lapis serikaya Kak Fida, sbb masa duk menyepi kat Msia dlu dh pernah buat skli kuih tu utk bawa kat surau..bila tgk blik rspi tu ada bahan yg xde kat sni, mna nk cri tepung hoen kwee tu kan..jdi memandai la ejus sdrik ganti dgn tepung jagung dan tepung pulut, pastu kuih lapis coklat ni jgk maz tak masuk telur..Alhamdulillah semua dgn izinNya, kuih jadi elok je, tetap sedap..Inysaa Allah semoga ketemu lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

kukus dlm bkas kecik ni pun 2-3 hri jgk nk hbis, tu yg jarang buat kuih jenis gini sbb umat kat rumah ni xminat sangat..stkat mkn 2-3 ptong je, klu kuih goreng tu bru cepat..

KUIH LAPIS COKLAT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 150g allpurpose flour @ tepung gandum *
  • 20g tepung jagung *
  • 10g tepung pulut *
  • 170g gula kastor *
  • 750ml santan (maz guna santan tin 500ml+250ml air) * - keluarkan 1 sudu besar untuk bancuh dengan serbuk koko
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • sedikit coklat emulco
  • sedikit pewarna kuning
Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih dan loyang yang disapu dengan sedikit minyak sayur (maz kukus dalam bekas plastik je).
2. Bancuh 1 sudu santan dengan serbuk koko, coklat emulco dan ketepikan.
3. Sebatikan semua bahan yang bertanda *, kalau nak tapis pun boleh, kemudian bahagi 2.
4. Satu bahagian letak sedikit pewarna kuning dan satu bahagian lagi campurkan dengan bancuhan koko.
5. Tuang lapisan kuning atau kalau nak buat coklat dulu pun boleh, ikut suka la (utk melapis, sukat biar sama banyak setiap lapisan) dan kukus selama 5 minit atau biar permukaan tu keras sikit, kemudian tuang pulak lapisan coklat dengan perlahan dan ulang proses melapis hingga lapisan terakhir sekali kukus selama 15-18 minit atau bergantung pada saiz kuih. Masa kukus tu letak sekeping aluminium foil atas loyang atau boleh balut penutup pengukus, lupa tadi nak tulis.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...