Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, January 12, 2016

Ketam Masam Manis

Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)
main upload je gmbar dri folder tu, xingat dh mna yg dlu..tu la sapa sruh peram smpai berbln2 deh! menu lauk xbnyk mna pun lgi yg ada..ketam ni pun kejadian hjung thun lepas lgik, masa kerap duk beli ketam tu..tpi smjak thun baru ni xde beli ketam lgi la, klu tgk memang geram nk beli..tpi suami dh ckp awal2, abang tak mkn! trus ilang mood nk beli..anak2 pun xreti nk layan ketam ni, tu yg stop la dlu skjap..Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

KETAM MASAM MANIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 ekor ketam, saiz sederhana - kerat 2
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit gula, serbuk pati ayam @ garam
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang cincang sekejap.
2. Masukkan ketam dan masak sekejap biar keluar airnya dan separuh masak sambil dibalik-balik.
3. Masuk semua jenis sos dan sedikit air, kemudian tutup kuali agar ketam masak sekata sambil dibalik sekali sekala.
3. Perasa secukup rasa dan masak seketika lagi.

ketam ni msak mcmana pun sedap deh, tapi bila pkir tang kulitnya tu..lomah skit, jenuh la nk perabih sorang kaki tangan ketam tu..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...