Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, May 15, 2016

Baked Hamour Fillets With Vegetable..Menu Plan Diet Cara Atkins

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
kembali dgn menu masa duk berdiet hangat2 tahi itik hritu skjap, adoii! memang terbabas hbis, senang hati la sbb npak turun jgk skit..masa semangat diet tgh tebal skjap tu memang jaga sungguh la mknnya..tu yg cepat npak kat weight scale, pastu mula la start mkn mcm2 blik, fillet ni resipi ringkas dan enak! nk buat pun mudah sngat..maz guna isi ikan kerapu atau sni panggil hamour, stakat ni klu fillet ikan duk beli hamour ni je..tekak ni ok dgn ikan ni, klu ikan lain tkut nati xbleh nk terima plak..ikannya pun fresh, cuma tabur serbuk lada hitam dgn olive oil je..pastu msuk oven..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

BAKED HAMOUR FILLETS WITH VEGETABLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 keping hamour fillet (isi ikan kerapu)
  • 1 biji lada benggla hijau - dadu
  • 5-7 biji tomato ceri - dadu
  • 3 kuntum cendawan shitake - rendam dengan air panas biar lembut, hiris
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven 170 C.
2. Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam pada ikan, pastikan ikan kering sepenuhnya, ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali non stick, masukkan lada benggala, cendawan shitake, secubit garam dan serbuk lada hitam, masak sekejap sekadar layu, angkat dan masuk dalam loyang.
4. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit lagi minyak zaitun, masukkan ikan dan masak 1-2 minit atau biar sedikit perang di kedua bahagian.
5. Ratakan lada benggala dalam loyang tadi bersama buah tomato, letak ikan atasnya dan tuang sedikit minyak zaitun, masukkan dalam oven dan masak selama 7-8 minit.

biasa klu beli fillet ni duk buat lauk atau fish n chips, diet punya pasai masak cara sihat la plak deh! sedap la..kombinasi yg ckup serasi, terasa manis sayur dan ikan segar sbb xguna rencah sangat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...