Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 10, 2010

Chicken Floss Bun

smjak blik msia ni dah kerap jgk lah buat roti...mcm2 jnis jgk...kiranya ni bkn kerja pertama BM kita smjak blik ni...cuma yg ni je tergerak hati nk snap gmbar...mcm masakan2 yg lain jgk ada yg tak diamik gmbar pun...biasa lah kan...kdang2 rasa mls tu tetap ada...

utk resipi bun ni kita guna resipi Bun Manis dari Ros...cuma cken floss tu beli yg dah siap jenama Agromas kat pasaraya...tapi tak sedap lah bagi kita cken flossnya ni...mksih Ros..mtak izin nk c&p ye..

Sumber Resipi : Myresipi ( Ros @ onigiri )
Bahan-bahan ( 10 bijin bun )
  • 100g tepung gandum
  • 150g tepung roti
  • 140 ml susu segar( kalau takde buleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar butter/marjerin
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver ( klu takguna pun takpe-tapi kalau ade lagi bagus)

    Cara-cara

    1.Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

    2.Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut

    3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

    Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya....Selamat Mencuba..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...