Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 17, 2010

Kek Puding Karamel

cuaca pnas2 ni mkn dsert skli skala ok jgk kan..tapi klu mkn bnyk sngat xbleh jgk bnda2 manis ni..nti asik nk minum air je...puding ni kita buat tghri tadi...cuma lapisan kek tu yg jdi nipis..silap dri sdri la sbb kita xikut rspi cara2 bncuh kek tu..tu yg xnaik sngat kek kita..kita tukar kek tu pada prisa cklat...
dapat lah bgi pada kaksu (jiran kita) sparuh dari pding ni...anak2 kita xminat sngat...biasalah kan...bdk2 mana suke sngat kuih2 mcm ni...tapi puding ni memang cntik dipndang dan sedap dimkn....rspi dari Yani myresipi...mksih yani..mtak halal dan kita c&p rspi kat sni..

Sumber Resipi : Myresipi ( Yani )
Bahan-bahan ( 20cm )

Karamel
  • 1 sudu besar air
  • 60g gula
  • 2 sudu besar air

Puding

  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • sedikit esen vanilla
  • 70g gula

Kek span

  • 60g gula halus
  • 70g tepung
  • 20g mentega - cairkan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko - ni kita tambah sdri

Cara-cara

1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.

2.Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

3.Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.

4.Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.

5.Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

6.Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.

7.Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim. 8.Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati. 9.Ayak tepung ke dalam no.

8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

10.Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

11.Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)

12.Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...