Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 10, 2010

Puteri Ayu

merasmikan acuan kuih seri ayu yg kita beli sbaik saja blik msia...masa kat bahrain dulu dah pernah buat guna rspi ni...cuma buat versi loyang sbb xde acuan...memang akan setia dgn rspi ni sbb sedap n senang je...

buat utk mkn ptg beberapa hri yg lepas...buat 1/2 rspi je pun dpt bnykkkk...bleh bgi pada jiran2 skli...mksih Kak Ita..mtak izin nk c&p ye..

Sumber Resipi : Myresipi ( Kak Ita @ Rossitamz )
Bahan-bahan ( 40 biji bergantung pada saiz acuan) )
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250g tepung gandum
  • 300g gula
  • 2 sudu kecil ovallate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 250 ml santan
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 sudu kecil paste pandan
  • kelapa parut secukupnya (gaul dengan sedikit garam dan tepung ubi) (kita gaul garam je)

Cara-cara

1.Panaskan kukusan.

2.Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.

3.Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.

4.Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.

5.Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 6.Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

1 comment:

  1. Salam,saya nak tanya cara-cara mengukus puteri ayu yang betul.Nak minta tolong beritahu cara yang betul.

    Cara mengukus saya:
    - biar kan air mendidih,kemudian baru masukkan adunan+kelapa di atas pengukus)
    -kemudian saya biar dalam 15 minit

    Petang tadi saya ada buat,tapi puteri ayu tu,macam terlampau padat dan tidak berapa nak naik,tapi bila cucuk dengan garfu xde pula yang melekat(dlm masak).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...