Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 15, 2010

Kek Marble Trio

buat kek lagi...sbnarnya kita buat kek ni sbb adik2 kita ada kat rmah..dpt lah jgk adik ipar kita bwa blik ke muadzam shah ptg tadi...msa kat bahrain dulu dah prnah buat kek rspi Cik Mat ni...cuma dlu buat dgn bahan2 yg xckup...sblum buat kek ni kita ada sms Cik Mat tnya klu guna mrjerin ok ke...sbb stok butter xde...Cik Mat kata bleh je..cuma rasanya lagi sdp klu buh butter la...kat dapur Cik Mat semua jenis kek ada...pilih je nk buat yg mana..

wpun marblenya xsecntik mcm tuan punye rspi...tapi kira lulus la ni Cik Mat ye...memang sedap dan senang jgk la nk buat kek ni...tapi bnyk jgk yg kena cuci lepas godek kek ni...hihi....kita buat 1/2 rspi..guna 3 bji telur...mksih bnyk2 ye cik mat..rspi kita mtak nk c&p ke sni ye..

Sumber Resipi : CMG (Dapur Tanpa Sempadan)
Bahan-bahan

  • 280 g tepung gandum* (kita guna tepung naik sendiri)
  • 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap) (kita guna marjerin)
  • 1 camca besar susu tepung*
  • 1 camca teh bakingg powder* (*digaul rata dan ayak) (kita xletak)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 camca besar ovallate
  • 250g gula halus
  • 30g gliserin*
  • 20 ml air* (satukan)
  • 1 1/2 camca teh coklat emulco
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • 1/2 camca teh ros essence (xletak)

CARA MEMBUATNYA :-

1.Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar) - ada kat blog Cik Mat ye..

4.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...