Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 10, 2010

Sata

wpun dah blik msia..tpi klu nk mkn sata ni memang susah jgk...kena p tmpatnya..biasanya kat terengganu la bnyk dan sata ori org kata kan..dulu2 klu p kuantan mesti akan p smpai Masjid Geliga tu semata2 utk cari sata ni...smlm trgerak lah hati utk buat sata ni...buat pun xbnyk cuma 5 ekor ikan sardin kecik je...dpt lah dlm 12 biji...yg dok posing dlm pnggan ni kita bagi pada kaksu (jiran,tapi kami rapat mcm kluarga) anak2 kita smua tak mkn..

masa kat bahrain dulu pun pernah buat sata ni...rspi Amy German tapi cari punye cari xjumpa la plak rspi tu kat blog amy..kita pun godek2 lah sdri antara ingat dgn tak ingat...sata ni bhn utamanya isi ikan segar dan kelapa parut je..sib baik jadi sata ini..sedappp..kli ni kita tmbuk sdkit halia muda bersama bwng merah sbgai perencahnya...bhn smpingan yg lain kcang pnjang,daun kesum,cili padi merah/hijau dan garam srta pak aji skit..pastu bakar je atas dpur gas...

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan :( 3 orang )
  • 5 ekor ikan sardin - buang tulang amik isi je
  • 1 cawan kepala parut
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia muda
  • kacang panjang,daun kesum,cili padi merah/hijau - potong kecik-kecik
  • sedikit garam dan pak aji (jika suka)
  • daun pisang secukupnya - buat bentuk kelongsong dan stapler bhgian hjungnya agar kelongsong tadi tidak terbuka

Cara-cara :

1.Tumbuk bawang merah dan halia,kemudian masukkan isi ikan yang telah dibuang semua tulang-tulang. Tumbuk sampai isi ikan hancur.

2. Kemudian masukkan kelapa parut dan garam/pak aji (perasakan ikut selera),tumbuk lagi agak kelapa dan isi ikan tadi bergaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan semua bahan-bahan yang dipotong daun gaul sebati

4.Bungkus dalam kelongsong daun pisang tadi dan bakar atas api perlahan (kita susun atas radai bakar ikan pastu bakar atas dapur gas je) balik-balikkan agar masak sekata.Sedap makan masa panas2 tu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...