Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 10, 2010

Kuih Seri Muka Pelangi

jatuh cinta pandang pertama...tgk kat rumah Kak Ummi...terus buat jgk...resipi asal dari Kak Liza (Chef Hanieliza)..buat 1/2 resipi..tu pun dpt bnyk jgk..bleh lah bagi pada 3 buah rumah jiran2...anak2 kita memang xgemar sngat..yg mkn pun cuma Kak Long...tu pun mkn 1-2 ptong je..mksih utk kakak2 kita ni..mtak izin nk c&p dari dpur kak ummi ye..

Sumber Resipi : Kak Ummi Kuantan
Bahan-bahan ( 1 loyang )

- Lapisan Bawah -
  • 2 cawan beras pulut - cuci dan rendam 3 jam ( aku rendam 20 minit je )
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil garam
- Lapisan Atas -
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan etpung gadnum
  • 1 biji telor
  • 3 sudu makan gula pasir
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning,hijau,merah dan coklat paste)

Cara-Cara

1.Lapisan Bawah :- Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.

2.Apabila telah masak, angkat dari kukusan dan mampatkan pulut dengan menekan2 pulut (akak gunakan penekan kek lapis dialas dengan plastic bag). Biar betul2 padat.

3.Lapisan Atas:- Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.

4.Bahagikan adunan lapisan pelangi (atas) kepada 4 mangkuk. (*akak bahagi 3 sahaja - lebihkurang 1 cawan setiap 3 bahagian).

5.Masukkan setiap mangkuk dengan beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat berasingan, kacau masing2 hingga sebati.

6.Letakkan semula loyang berisi pulut tadi di atas kukusan. Lapiskan dengan lapisan hijau dan kukus selama 10 minit.

7.Buat lapisan seterusnya hingga habis. Kukus setiap kali selama 10 - 15 minit. (*untuk lapisan terakhir akak kukus lebih lama lebihkurang 20 - 25 minit).

8.Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
Hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...