Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 11, 2010

Nasi Dagang

menu bkpest pagi ni...tiba2 je tringin nak mkn nasi dagang...klu beli takut xkena dgn slera...jdi ku buat sdri..lagipun xsusah mana sbb nasi dgang kita ni expres punyeee...nasi tu kita msk dlm rice cooker je...xde kukus2 pun...hihi...tapi tetap sedap..kira nasi dgang zaman moden la kan...kita msk xbnyk mana...tapi dpt lah bgi pada kaksu dan imah jiran kita tu spingan sorang...srpan memang org xmkn bnyk2 kan...kan..

kita paksa adik afiq dan abang ngah mkn jgk...kesian anak2 ku...ada lah rasa pedas skit2...tapi saja je nk adik afiq dan abang ngah rasa...hemmmm!!!..bleh pun mkn wpun xmkn bnyk...rspi nasi dagang ni kita guna rspi dari Minami myresipi....dah biasa dgn rspi ni..sdpp...pastu buat acar timun mentah skit...jdi la tu kan..

Sumber Resipi : Myresipi ( Minami )
Bahan-bahan ( 5-6 orang )

- Nasi -

  • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut (kita guna 2 cawan beras wangi + 1 cawan beras pulut)
  • 1/2 tin santan
  • garan dan gula (buh garam je)
  • 1 sudu besar biji halba
  • bawang dan halia - hiris nipis
  • air ikut sukatan beras

- Gulai Ikan Tongkol -

  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar (ganti dgn bawang merah)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 4 cm lengkuas
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 5-6 biji cili padi
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap ros (guna serbuk kari baba)
  • 6 keping asam keping
  • 1 cm belacan (xletak)
  • garam,gula dan serbuk perasa

- Acar -

  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah/carrot
  • 1/2 biji bawang besar (ganti dgn bawang merah)
  • 1 biji lada besar
  • cuka,garam,gula

Cara-cara

NASI : Beras dibasuh dan direndan 1 mlm.Panaskan air,tunggu sehingga air mendidih.Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.Biarkan seketika selama 5-10 minit.Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar.Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukupnya.Kukus buat kali kedua.Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.Biarkan seketika.Setelah itu angkat dan pindahkan ke dalam bekas,masukkan gula dan santan yang dibancuh dengan sedikit air.Akhir sekali masukkan halba,bawang dan halia. (kita cuci je beras+beras pulut,masukkan bahan2 yg lain dan 2 sudu besar minyak sayur pastu masak dalam rice cooker)

GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. (kita rebus buh asam keping,gula,garam dan sdkit menisan (gula melaka) Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi. (kita tak tumis dulu cili kering dan serbuk kari,masak terus bersama dgn santan,masak mcm masak gulai darat kelate )

ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...