Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 10, 2010

Kek Lapis Alwani

kek ni buat utk bagi pada kwn...dah sbln ada la kut buat kek ni..sbnarnya kita ni bkn pengemar kek...memang tak suke mkn kek2 ni...tapi bgi kita kek ni sedappp dan buat pun tak susah sngat..

respi asal guna kismis...tapi kita xde stok kismis hitam..ganti dgn hawflaks...Dayang ni memang pakar dlm bak2 kek..mcm-mcm kek yg ada kat dpurnya..mksih Dayang..mtak izin nak c&p ye..

Sumber Resipi : Myresipi ( Dayang Jack )
Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks ( original flavour )
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200g marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam (kita guna hawflaks)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna merah,oren dan hijau

Cara-cara

1.Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.

2.Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.

3.Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.

4.Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.

5.Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.

6.Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.

7.Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.

8.Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.

9.Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong. 10.

***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas.

2 comments:

  1. salam maz....tq krn sudi singgah n jemput akak ke rumah baru maz ni...honestly,..umah ni cantikkkk sangat!.....kte dh follow sekali...

    kek Alwani ni dh lm x buat...bl tgk maz buat..bsemangat pulak rasanya nk buat lagi...o ya, nanti maz tolong edit kat bahan2 tu yer...kalo xde marjerin, mentega pun boleh guna. tq.

    Anyway, tahniah yer krn kek tu nampak cantik lapisannya dan warnanya pun very nice. kalau dari segi rasa, hanya maz jer boleh nilai...hehe. yang penting, maz berpuas hati akan hasilnya....thanks for trying...

    nak sepotong, boleh??...hehe

    ReplyDelete
  2. rindunye nak buat kek lapis, tapi bile ingat tang nak bkr tu, insaf kejap...tak larat da...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...