Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 21, 2010

Lagi & Lagiiiii...Pau CMG

kita 'mengepau' lagi npaknye...takpe megepau tepung kan..bkn mngepau duit laki ke (bab kata amy german)..hihi..pau ni kita buat lgi ptg smlm...anak2 xpuas mkn yg buat mula2 tu..ye lah cuma 5 biji je kan...rspi tu memang dpt 10 biji..tapi 5 bji lagi tu kita bgi pada kaksu..kita msih guna rspi JEJAKA dari sedenak...Cik Mat@CMG kita bkn tak nk cuba rspi lain..tapi sbb rspi ni memang puah ati...senang pun senang...kita ni memang 'pemalas' skit..bkn malas apa...malas nk salin rspi lagi...hihi...takpe lain kli kita cuba rspi pau yg lain plak...cuma yg ni kita dah buh shrtning...ikut sbji mcm rspi CMG tu...mksih ye Cik Mat...bila Cik Mat nk mengepau tuu....hihi..c&p lagi ni Cik Mat..

kli ni memang puas anak2 mkn...memang gebu2 lah...cuma yg ni kita buh tnda merah skit...bkn apa nti ada yg ingat kita letak gmbar pau yg sblumnya plak...hihi...

Sumber Resipi : CMG ( Dapur Tanpa Sempadan )
Bahan-Bahannya : (10 biji )

  • 240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
  • 1 camca teh Double-Acting baking powder
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh garam
  • 25 g lemak sayur
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
  • Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2

Cara membuatnya : (kita guna Bread Maker)

1.Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.

2.Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.

3.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.

4.Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba

1 comment:

  1. salam,

    nak tanya,camno nk dptkan pau yg gebu dan putih tu?

    masa kukus api mesti perlahan atau kuat?atau masa nk kukus mesti lapis atas dulang supaya lubang kukusan tak masuk byk air?

    doh adunan dh jadi tp lepas kukus seakan lemau pulak nmpknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...