Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, May 22, 2010

Daging Masak Blackpepper

ni pun msk cmpak2 je...cma gna sos blackpepper dlm btol...tpi sdppp!! Cik Abang kita mratah gtu je..biasanya klu dging ni asik duk msk kecapppp je utk anak2...hehe..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan

  • 400g daging - hiris nipis dan rebus sampai empuk, simpan air rebusan daging (kita rebus 20 minit je guna presurecooker), kalau daging batang pinang tak perlu direbus dulu
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 2-3 sudu blackpepper sos - any brand ada dijual dipasaraya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • brokoli secukupnya - letak banyak pun sedap meratah, boleh letak sayur lain juga
  • 1 biji capsikum hijau - potong panjang, boleh letak sayur lain juga
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • 1 biji cili merah - hiris nipis-nipis
  • sedikit bijan (sesame seed)
  • 2-3 sudu besar minyak sayur/masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, balik-balikkan kemudian masukkan daging, kacau sekata biar daging masak bersama minyak sekejap (dalam 5 minit). Kemudian masukkan sos blackpepper, kicap manis dan sos tiram. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air dari rebusan daging tadi (dalam 1 senduk).

2. Biarkan daging seketika agar sekata dan mesra dengan semua bahan sos. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kasar tadi. Kacau sekata (kalau kering tambahkan air rebusan daging lagi). Perasakan ikut citarasa. Akhir sekali masukkan bawang, cili merah dan sayuran. Balik-balikkan seketik. Masakan ini rasa blackpeppernya sedikit menyerlah.

3. Angkat dan taburkan dengan sedikit bijan semasa menghidang. Selamat Mencuba...

1 comment:

  1. Bila cik abang balik Bahrain nanti, mesti dia rindukan masakan isteri terchenta dia kan Maz...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...