Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, May 18, 2010

Karipap Daging Lagiii

kripap lgiiii..kbetulan stok ground beef pun ada skit lgi...kli ni rspi klit kripap tu kita buat stail sdri je...2 cwn tpung + 1 sudu membumbung butter + 1 sudu membumbung shortning...gaul jdi mcm srbuk rti dlu..pastu baru masukkan air sejuk (dari peti) skit2..uli smpai jdi doh yg lembut...biarkan skejap dlm 5 minit..pastu bleh la dicanai..kita gna acuan je..rangupp...ok kita dan taip rspinya...

Sumber Resipi : Ilhamdapur
Bahan-bahan

Kulit karipap

  • 2 cawan tepung gandum yang berkualiti - kita guna allpurpose flour
  • 1 sudu makan penuh butter
  • 1 sudu makan penuh shortning
  • 1/4 sudu kecil garam
  • air sejuk (dari peti)

Cara-cara

1. Masukkan tepung dan garam dalam bowl, gaul sebati. Kemudian masukkan butter dan shortning. Gaul guna hujung jari biar jadi biji-biji kecil macam serbuk roti.

2. Masukkan air sedikit-sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan (kalau terlebih masukkan air, tambah tepung sikit lagi)

3. Biarkan seketika dalam 5-7 minit. Kemudian boleh lah dicanai nipis dan letak inti kegemaran masing-masing (kita guna inti kari daging) dan tutup elok-elok agar tidak terbuka. Kita guna acuan je. Simpan frozen dulu sebelum digoreng.

4. Panaskan minyak dengan api yang perlahan. Masukkan karipap yang telah difrozen tadi dan goreng sampai kekuningan. Balikkan-balikkan sekali sekali semasa mengoreng agar cara masaknya seimbang dan kulit karipap ditidak mengerutu (licin).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...