Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, May 31, 2010

Udang Goreng Planta

ni pun lauk cmpak2 jgk..plan asalnya nak greng kunyit je dgn udg ni...tapi last2 tkar buat udg planta...plnta ke..kunyit ke..dua2nya pun senang je kan...

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan

  • 15 ekor udang saiz sederhana besar - buang kepala dan belah belakang
  • 1 mangkuk brokoli yang dipotong
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 4-5 sudu besar butter
  • 2-3 sudu besar susu cair @ susu segar
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/4 sudu kecik gula

Cara-cara

1. Cuci bersih udang dan toskan kemudian lumur udang dengan sedikit garam

2. Panaskan minyak dan goreng udang sampai masak

3.Dalam kuali yang lain panaskan butter, masukkan bawang putih dan daun kari. Goreng sampai garing dan wangi. Kemudian masukkan susu cair dan gula, kacau sebati

4. Masukkan udang, balik-balikkan agar sekata. Akhir sekali masukkan brokoli dan cili merah. Kacau dan biar brokoli sedikit layu. Siap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...