Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, May 15, 2010

Takoyaki

Assalamualaikum...buat kuih jepung lgiii!! kita buat ni utk Cik Abang kita..dia suke mkn menda ni...sbnarnya tetamu istemewa dari bahrain tu suami kita leee...hehe..Cik Abang kita blik brcuti 2 mgu..tu yg kita sbuk skit ni..p ziarah sdara mara...p stu sni..jjcm lum start lgi ni..hehe..ni pun blum blik rumah mertua kita lgi..tkayki ni rspi masih lgi gna rspi dri Kak Rinn utk batter dan dlmnya kita buat stail sdri..buat mcm yg jusco jual tu...sedap kan Mama...mksih skli lgi pada kwn yg sdi singgah dpur kita ni..ni pun bru blik dri ziarah pakcik kat kajang...esk mcm2 prgram yg dah dlm list..hehe..happy wken buat smua...

pic kecik tu tkyaki yg bru msk...blum dibubuh pnyedapnya lgi...bhn2 yg atasnya tu...
semua bahan2 utk buat tkyki ni ada jual di jusco kat bahagian japanese food....
Sumber Resipi : Kak Rinn @ Rinnchan FP
Bahan-bahan

Tokayaki Batter
  • 1 biji telur
  • 340ml air sejuk berais
  • 1 tsp kicap soya cair - maz guna fish sos
  • secubit garam - tak buh
  • 1/2 tsp granulated DASHI - tak letak
  • 100g tepung gandum ( diayak ) - maz guna allpurpose flour
Filling
  • 150gm octopus, direbus - maz guna sotong biasa je, hiris kecik2 pastu masak sekejap bersama dgn sedikit sos tiram dan beberapa titik minyak bijan dan sdkit pwrna merah
  • 1/2 cup cebisan tepung goreng tempura - tak buh
  • Pickled ginger secukupnya - tak buh
  • Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus - tak buh, xsuke
  • Daun bawang secukupnya, dihiris halus - maz ganti dgn kobis dicincang halus
  • Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
  • Wochestershire Sos Lea & Perrin - maz guna okonomiyaki sos
  • Mayonnaise secukupnya
  • minyak sayur secukupnya dalam 1/2 mangkuk - untuk sapu pada acuan - ni maz tambah sdri

CARA-CARA:

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang.
2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati. - maz guna hand mixer
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.
5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.
6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.
7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick. - letakkan minyak masak lagi agar bebola tkayki ni jadi garing elok
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak. - maz selalu tuang minyak masak secara sedikit-sedikit
11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise. - maz sapukan sos okonomiyaki dulu pada seluruh bebola tkayi baru taburkan fish flakes dan kemudian picitkan mayonis
12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa - maz guna sos okonomiyaki dan tak perlu kicap lagi sbb rasanya dah sedap...

4 comments:

  1. salam ziarah..

    bestnya pandai wat takoyaki ni..ina pun suka tapi tak reti nak buat..

    awak ada tempat memasak dia eh? bestnya..

    ReplyDelete
  2. wah..penah dengar tapi tak penah makan...nyum nyum..makan dalam hati

    ReplyDelete
  3. laaa dia dah buat dulu dah..kat mana beli barang dari jepun tu..

    senyum lebar ek bila cik abg balik..pastu sibuk lah gi jejalan ek

    ReplyDelete
  4. salam kak maz,
    oh, teringin nak rasa takoyaki. tak penah makan. mesti sibuk jalan2 tu. Moga gembira selalu,kak.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...