Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, May 3, 2010

Soft Stuffed Pizza

Assalamulaikum...slmat mnjamu slera pda kwn2 yg sdang brsrapan..pza lgi npaknyee!! tapi dah slmat la yee!! xthu nak buh nama apa..kita letak la nama tu..kbetulan tepi pza yg bolattt tu kita sumbat dgn sosej kat dlmnya..tu yg elok je jdi mcm tebingg!! hihi...jdi sesuai la namanya tu kan!! kita buat sbjik ni je..tpi besorr!! smpaikan anak kita 3 org tu bleh 2x mkn..spruh mkn ptg..slebihnya smbung mkn belah mlm plak..cma pnskan dlm mv je...basic doh pza ni kita buat mcm yg kita duk buat dlu2 msa kat bahrain..rspi dri prgram masakan tv (fatafeat channel)...harta karun kat atas tu plak main buh je apa yg ada dlm stok...

stok peperoni pun msih bnyk lgi...duk tgh2 pkir nk buat apa lgi ni...slain pproni kita buh ayam jgk...pic kecik tu closeup gmbar stuffed sosej ...

maap la yg ni gmbarnya blur skit...ye la anak2 duk tngu nk mkn..maknya plak sibuk duk nak snap sna sni...hihi..keliling tepi pza ni memang ada sosej kat dlm...

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (kita guna loyang besar, buat 1 biji)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • 5 batang sosej - celur/rebus dulu sekejap (5-6 min)
  • 1/2 biji capsikum hijau/lada bengala - hiris nipis-nipis
  • pepperoni secukupnya
  • sedikit slice black olive - kalau takde, tak perlu letak
  • 1 keping isi ayam - gaul dengan sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam, kemudian masak sekejap atas non-stick pan, balik-balikan agar masak sekata (tak perlu letak minyak) - potong nipis-nipis
  • mozarella cheese secukupnya - sagat halus
  • 1/2 tin kecil tomato puri (kita guna ayam brand) -bancuh dengan 1 sudu besar gula dan sedikit garam - sebagai sos pizza
  • daun oregano secukupnya - untuk tabur atas pizza (ada dijual dipasaraya atau kedai bakery - memberi rasa sbenar pada pizza)

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan minyak zaitun, kacau sebati.

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengantangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik, tambah tepung sikit-sikit je).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk-tumbuk sedikit.

4. Tabur sedikit tepung pada tempat nak canai dan canai bulat setebal 1/2 inci. Canai biar saiznya lebih besar dari saiz loyang pizza yang nak digunakan.

5. Sapu sedikit butter pada loyang dan masukkan doh yang telah siap dicanai tadi. Ambil sosej dan susun ditepi sekeliling loyang. Kemudian tutup sosej tadi dengan lebihan doh elok-elok.

6. Sapu sos pizza pada bahagian tengah doh biar sekata (jangan sapu pada tepi yang balut sosej tadi). Ambil cheese dan tabur sekeliling atas sos tadi (kita suke letak cheese banyak)

7. Tabur pulak bahan-bahan yang lain (toping - ikut pilihan sendiri nak letak apa). Akhir sekali tabur daun oregano dan renciskan sedikit minyak zaitun pada keseluruhan pizza sebelum dibakar.

8. Kita bakar dengan suhu 160 C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven, boleh lah dipotong dan hidangkan segera.

3 comments:

  1. maz..cepat nye selesai tak sempat nak ngendeng seketui..

    ReplyDelete
  2. maz, nnti mas nak copy resepi maz tau,geram tengok pizza maz,gebuss...nak kena cuba buat juga ni

    ReplyDelete
  3. ~ datin El..
    kita memang ada je menu yg trtunggak kak..hihi..bkn apa stnby time xmsk..

    ~mas..
    silakan mas...tpi memang lembut sngat2...slmat mencuba ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...