Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, May 22, 2010

Puyuh Masak Kicap Berempah

lagi menu simple...rspi ni kita cma ubah skit2 dri rspi puyuh sblumnya...tapi rasanya tetap memenuhi citara suami kita...sdppppp!! Cik Abang kita ckp klu kat bahrain kambing pun sdp msk mcm ni...kat sna kambennya fresh..dismbeleh stiap pgi bratus2 ekor..murah plak tu!!

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan

  • 3 ekor puyuh - potong dan cuci bersih, gaul garam kunyit
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili atau sos tomato
  • 1 batang serai - belah 4
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji cili merah - dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit air dan minyak

Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar halus bahan-bahan yang bertanda *.

2. Goreng dulu puyuh yang telah digaul garam kunyit bersama sedikit air (dalam 1/2 cawan). Balik-balikkan agar masak sekata dan air kering.

3. Angkat puyuh dan ketepikan. Dengan kuali yang sama, masukkan 3-4 sudu besar minyak masak. Masukkan serai, daun kari dan bahan-bahan yang telah dikisar lumat tadi. Tumis sehingga masak dan berbau wangi.

4. Masukkan puyuh dan kacau sekata. Masukkan bahan sos dan balik-balikkan agar sebati (kalau kering tambahkan sedikit air) dan perasakan ikut selera. Biarkan seketika agar daging puyuh meresap dalam sos.

5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili. Balik-balikkan. Padamkan api. Siap...

2 comments:

  1. kak maz... lia pun suka masak kicap berempah ni... kalau dengan daging mabeles kannnn :-)

    ReplyDelete
  2. Salam Maz..
    Kak Sue dtg 'hidu' bau puyuh berempah ni.. amik bau pun jadi la dik oi, hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...