Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 31, 2010

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum..ckut strusnya rspi dri dpur brther Cik Mat Gebu plak..ckut ni lemak2 manis gtuw..rngupp dan sedappp!! Cik Mat mcm biasa mtak izin nk c&p rspinya ye..mksih pda yg sdi sngah dpur kita ni..pda kwn2 yg kita lum buat knjungan bls lgi tu..insyaallah jika akan klpngan kita akan jnguk kwn2..tgk sbuk sngat2 ni..nk kna kemas umah plak..cma tngal 2 hri je lagi cik abang kita nk blik..rmah brsepah dgn btol ckut mrata2..tpung sna sni..bleh pitam suamiku tgk umah mcm kpal pecah ni..hehe..biasa la klu main baking2 ni kan..


Sumber Resipi : Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-bahan :-)
  • 150 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 100 g tepung gandum*
  • 100 g tepung kastard*
  • 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
  • 50 g serbuk badam
  • 50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)

  • 1 kuning telur
  • Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.

2.Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)

3.Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.

4.Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

2 comments:

  1. Salam Maz,
    biskut badam...
    ha, ni kna include dlm list gak nih..
    btw, kapal pecah x per hubby x kesah.. JGN toilet pecah daah... haru biru Maz! Slamat bkemas n mgukis... ke dah siap smuanyer??

    ReplyDelete
  2. macam sedap je... kena try gak ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...