Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, August 7, 2010

Donat Kentang

Assalamualaikum..slmat bersua kmbli...mnu beberapa hri yg lalu..kuih ptg anak2..mcm biasa klu buat benda yg jnis doh gna yis mcm ni kita main agak2 gtuw je..xde sukat2...sma mcm buat pza jgk...tpi alhamdulillah slalunya jdi elok je..tetap lembut dan gebu..yg pnting sukatan yis dan tpung tu kena btul...mksih skli lgi pada pngunjung yg sdi singgah dpur kita ni wpun kita jarang dpt bersiaran..kita jgk mtak maap sbb xdpt nk jnguk dpur kwn2 slalu kerana keadaan dan msa yg tidak mngizinkan buat msa skrang..smga kwn2 smua sihat2 slalu dismping klrga trcinta...

setiap kli buat donat kita xgna acuan..main buat bulat2 dlu pastu tarik buat lubang bila nk greng..buat mcm ni bru cntik bntuk donat tu..klu gna acuan dia jdi mcm nk leper skit..xreti gna acuan...

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar minyak sayur (kita guna sunflower)
  • 2 sudu besar gula*
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3-4 sudu besar kentang rebus yang dilecek
  • gula secukupnya (untuk salut pada donat)
  • minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan minyak sayur, kacau sebati. Kemudian masukkan kentang yang dilecek tadi. Kacau sekata

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras (kalau tepung lebih, ketepikan). Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik, tambah tepung sikit-sikit je).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit atau doh naik 1x ganda. Kemudian amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk-tumbuk sedikit.

4. Tabur sedikit tepung pada loyang atau bekas besar. Ambil doh tadi dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong. Kemudian susun dalam loyang, buat sampai habis dan rehatkan doh yang telah dibulatkan tadi seketika, lebih kurang 10-15 minit.

6. Panaskan minyak (guna api perlahan). Ambil doh bebola tadi dan buat lubang ditengahnya dengan tarik guna ibu jari kemudian goreng sambil simbah minyak keatas donat yang digoreng (tujuannya agar donat jadi gebu dan kembang). Goreng sehingga berwarna sedikit kekuningan.

8. Angkat dan bolehlah digolek atau tabur donat tadi dengan gula. Siap...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...