Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan
- 1 ketul kepala ikan merah @ ikan yang sesuai
- 3 -4 cawan santan
- 2 sudu besar serbuk kari ikan - bancuh dengan sedikit air
- 2 ulas bawang merah & 1 ulas bawang putih - ditumbuk
- 1 sudu kecil halba campur (biji halba & biji sawi yang hitam tu)
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 10 batang kacang bendi
- 1 keping asam keping
- 1 tangakai daun kari
- nesan @ gula kabung sebesar ibu jari - maz guna nesan kelatan
- sedikit garam dan gula
- minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara
1. Kepala ikan dicuci bersih-bersih dan ditoskan
2. Dalam periuk besar (maz guna kuali), panaskan minyak. Masukkan halba campur, goreng sekejap (1-2 min). Kemudian masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga wangi dan bawang kekuningan. Guna api perlahan
3. Masukkan serbuk kari, kacau sebati dan biar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan 3-4 sudu besar santan. Kacau lgi sehingga santan pecah minyak.
4. Tuang kesemua santan yang masih masih berbaki, masukkan asam keping, nesan, garam dan gula. Perasakan ikut selera agar rasanya seimbang. Masak sehingga santan mendidih kemudian masukkan kelapa ikan. Tutup periuk (maz guna penutup kukusan) Guna api sederhana.
5. Biar kepala ikan meresap dengan kuah secara perlahan. Kemudian balikkan kepala ikan tadi agar bahagian atas meresap kuah dengan sekata. Masak sekitar 8-10 min. Akhir sekali masukkan kacang bendi. Tutup periuk seketika lagi (4-5 min). Padamkan api. Siap...
Note : Seeloknya kari dimasak lebih awal sebelum dihidangkan untuk mendapat rasa yang lebih sedap. Contohnya masak sebelah pagi kalau nak mkn tengahari atau malam...
salam ramadhan, kak maz,
ReplyDeleteapa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
Adus, sedapnya kari kepala ikan. memang sdap ngam nasi beriani ni. amboi, gerun tgok giginya, perlu digosok ya kak? hihihi.
waduhhhhh..... tu gigi ikannnya.... hihihihi
ReplyDeletetap pernah gosok gigi dia...
ah iya, wallpaper kita sama ya kak,
hanya fotoku nabawi waktu malam, punya akak siang. hehehe
insya Allah bisa ksana lg, aku belum berhaji, ingin sangat tp belum ada rezeki. hiks...
salam maz...mmmm tengok kepala ikan tu memang confirm sedaplah....selamat berpuasa ya..
ReplyDelete