Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, November 12, 2015

Kek Pandan Kukus Lapis Keju

Assalamualaikum w.b.t..'Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), sekli lgik kek lapis keju..asik kek keju je ni! lgi la bertambah lemak tepu deh..hasil expiremen ilhamdapur 5 hari lepas, biasa la dapur ni klu delay ni kan..kek pandan lembut dgn gabungan keju yg ckup sedap, mcm mkn japanese cotton cheesecake pun ada rsa keknya, lembut, moist dan lemak..Alhamdulillah semua dgn izinNya, amik idea dri kek ni..asalnya resipi kek kukus hawflakes dari Kak Fida myresipi..cuma maz ubah buat kek coklat, kali ni buat versi pandan, pastu gabung dgn lapisan cheese kek coklat lapis keju hritu..cuma utk kek coklat tu maz guna 130g keju dgn 1 biji telur, utk kek pandan ni maz tambah sikit kejunya jdi 150g utk sebijik telur dan maz gandakan kuantiti cheese jdi 300g dgn 2 biji telur..ok la nak kena masuk dpur dlu, dh pkul 10..Insyaa Allah jumpa lgi, selamat berhujung minggu dan maaf atas segala kekurangan..

nak buat pun mudah sangat, utk lapisan ijau tu cuma campur je smua dan putar..lapisan cheese pun gitu jgk..pastu selamat mengukus la..

KEK PANDAN KUKUS LAPIS KEJU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan 
  • 4 biji telur sejuk gred B, dari peti  
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti (kat sini maz memang banyak guna allpurpose flour sebab tepung gandumnya tak elok sangat)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 75 ml susu cair
  • 1/4 sk garam
  • 50 ml minyak sayur atau minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • sedikit paste pandan - kalau nak buat kek coklat, ganti coklat emulco, pewarna merah kalau nak buat red velvet
Cara-cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih (maz guna pengukus guna pengukus letrik) alas loyang dengan kertas baking.
2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak.
3Putar selama 3-4 minit kalau guna (stand mixer) atau 6-7 minit dengan (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan, maz guna hand mixer je.
4. Masukkan pandan paste, putar sekejap untuk sebatikan warna, masukkan minyak dan kaup balik dengan senduk kayu atau spatula biar sebati, jangan terlebih kacau ye.
5. Tuang adunan pandan dalam loyang, ratakan keseluruh loyang (maz guna senduk lauk yang plastik tu, bahagi untuk 3 lapis, agak-agak la ye ketebalan tu).
6. Kukus selama 4-5 minit, balut tutup pengukus atau letak je sekeping aluminium foil atas permukaan loyang agar air tidak menitik.
7. Tuang pula separuh dari lapisan keju, jika buat 2 lapis mcm tu dan kukus selama 7-8 minit atau biar permukaannya keras sikit. 
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 20-25 minit dan sejukkan dulu sebelum dipotong.
9. Kek ni kalau nak simpan 2-3 hari kena masuk dalam peti la sebab ada keju.

Lapisan Keju
  • 300g cream cheese - suhu bilik, tapi maz terus guna je yang amik dari peti
  • 2 biji telur saiz B
  • 4 sudu besar gula halus
  • sedikit vanilla
Cara : Satukan cream cheese dan gula, putar biar berkrim dalam 2-3 minit kemudian masukkan telur dan vanilla, putar biar sebati.


Nota ilhamdapur : sebenarnya maz buat 1/2 dari respi diatas sbb pengukus kat rumah ni kecik, tu la gambar pengukusnya, dh 5-6 tahun rasanya duk berkhidmat, buat kuih pun kukus guna ni la jgk, sbb tu kek coklat lapis keju baru ni pun kecik jgk sbb pengukus bleh masuk loyang bulat 7 inci je, dan bekas plastik tu la yg maz guna utk kukus kek pandan ni, saiz 5 1/2 x 8 inci, sbb xde loyang 4 segi yg muat pengukus, tapi kat atas tu maz letak respi yang dah digandakan sebab rsanya klu buat 1/2 takut sikit sangat, kalu nak buat 1/2 respi mcm yg maz buat ni pun boleh je..

pas seketul2 msuk mulut, mcm span gitu..puas hati dgn hasil dan keenakkannya, terasa nk mkn la plak tgk yg ni..suami dgn abangngah kata sedappp sangat, tpi dlm folder tu ada lagi 4 biji rsanya kek yg duk tunggu Q, makin banyak balik gambarnya..Alhamdulillah atas segala nikmatNya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...