Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, March 13, 2015

Pavlova Resipi II

Assalamualaikum .w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanni'..bertemu skli lgi dipagi jumaat yg barakah..semoga dipermudahkan segala urusan kita hri ni yg membawa kebaikan...Inysaa Allah...masih dgn gambar lama ni ye...pavlova ni buat masa kak long dtg bercti hujung thun lepas lgi...yg buat memula ada kat sini...yg ni buat plak ptg esknya tu...cuma yg ni tambah tepung jgung skit...Alhamdulillah hasilnya tetap memuaskan...pastu buat lgik kli ke3...yg tu xsnap dh la...memang sedappp...xmanis mana pun...elok je bila dinikmati dgn buahan segar yg sedikit masam gitu...tpi kna gna whip cream jnis UHT, bru bleh kurangkan gula kat stu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan sama2 kita baca surah Al-Kahfi dihari jumaat sebagaimana sunnah Rasulullah...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

kak long sukaa sungguh pavlova ni...tu yg buat sampai 3x berturut-turut...teringat kat anak mummy yg jauh...Alhamdulillah kak long salah sorang yg akan terima Anugerah Dekan yg akan diadakan hujung bln nati...exam semester haritu kak long dpt 3.7...semoga kak long terus cemerlang...doa mami sentiasa bersama kak long...padaNya mami serahkan kak long...sesungguhnya Dia la sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penjaga...

Pavlova Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji putih telur saiz A
  • 115g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil lemon jus/cuka makan
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1-2 titik pewarna merah - optional
Cara

1. Panaskan oven suhu 140 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper.
2. Dalam mangkuk yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih dulu, masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk, Putar hingga jadi bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh, boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni.
3. Masukkan tepung jagung dan pewarna jika guna dan putar sikit sekali pusing biar sebati.
4. Tuang atas loyang dan ratakan buat bentuk bulat biar tinggi saiz lebih kurang sebesar piring, sebab nanti dia akan mengembang sikit.
4. Bakar dalam oven selama 35-40 minit atau bergantung pada jenis oven juga. Bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.

Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan. Jadi kena tahu suaikan oven masing-masing, ni maz guna built in oven. 

Lapisan Krim
  • 100ml whipping cream UHT
  • 2 sudu besar gula kastor
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • buahan segar secukupnya - strawberi/blueberi/kiwi
Cara : Putar semua bahan hingga kental, kemudian ratakan atas pavlova yang telah sejuk dan tabur buahan secukupnya, sedia untuk dinikmati.

wpun rupenya retak seribu gini...tpi tetap menjadi pujaan ramai pavlova ni...maz pun jdi suka plak smjak rasa yg buat ni...masa duk update ni suami ada sbelah...mtak suruh buat plak...dia memang suka klu benda manis gini...yg ni saja letak wrna skit, tu yg jadi warna pink gitu...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...