Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, October 12, 2015

Asam Rebus Kembung Dengan Bendi

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..lauk yg ringkas tapi punya la sedappnya, bleh bertambah2 mkn nasi tu..xde lauk lain pun takpe, ckup dgn yg satu ni..tu bgi selera maz la, bonda pun suka lauk gini..klu jenis kuah berlemak tu bonda xminat..ni pun menu dh berbulan peram..semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan..

Asam Rebus Kembung Dengan  Bendi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembong - kerat 2, cuci bersih dan toskan
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 2 biji cili padi merah @ 1 cili merah 
  • 1-2 asam keping
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 10 biji kacang bendi
  • gula garam secukup rasa @ sedikit aji jika suka
Cara

1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda * , kemudian baru masukkan cili padi dan tumbuk separuh lumat.
2. Dalam periuk satukan bahan tumbuk, asam keping, bunga kantan dan 2-3 cawan air, masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan perasa secukup rasa, kemudian masukkan kacang bendi dan masak sekejap sekadar bendi layu je.

klu duk dgn bonda memang terbabas la segala diet tu..dgn ikan singgangnya, ada plak 2-3 jenis ulam kampung, walaaa sedappnyaa..nk buat ikan plak xde, skrang ni kat psar susahnya nk cri ikan..tgh musim udg, ada pun ikan yg xberkenan dihati..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...